Bosan Ber'facebook'


Bosan.
Itulah yang dirasakan semenjak tahun yang lepas. Terasa semakin hari Facebook (FB) ini semakin tiada apanya. Sudah beberapa nama juga di 'unfriend' dan di'block' juga ada. Semakin lama, FB menjadi medium perkongsian perasaan, ketidakpuasan hati, umpatan, dan info yang bercampur antara kebenaran dan fitnah. Bercampur baur.

Pahala dan dosa, mudah diperolehi. Kedua-duanya. Melalui apa yang dibaca, ditulis, dan dikongsi.

Kemungkinan juga, hati sudah mula merindui dunia belog yang sudah sekian lama terbiar. FB tidak sama dengan blog. Kepuasan menulisnya juga berbeza.

Azam di hati, agar konsisten untuk menulis di blog sekurang-kurangnya tiga entri dalam seminggu, jika masa begitu mencemburui. 

Semenjak mula-mula aktif di FB, buku fizikal semakin tertinggal sepi di rak buku, masih berbau kedai, halamannya juga tidak berusik. Terasa sedih bila mengenangkan diri, otak rasa beku, rasa berkarat akibat tiada santapan ilmiah.

Jujurnya, jauh dilubuk hati, terasa ada satu perasaan aneh. Ada satu lompang kosong yang mahu diisi. Ku kira, ianya adalah rasa untuk menulis meronta minta dilepaskan, menjadi tautan aksara...

Allah, mudahkan aku, ilhamkan aku untuk kembali gembira dan bahagia untuk menulis.
Menulis itu cinta...

0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.