Hidup Untuk Yang Maha Hidup..
Hidup bukanlah untuk hidup, tetapi hidup adalah untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup yang lebih tinggi dan abadi.

TAKSUB, Virus dalam Perpaduan.

bawah label ,

Belasungkawa.

Belasungkawa buat Islamku. Perpecahan antara kita dirai meriah oleh mereka si gunting dalam lipatan, si duri dalam daging, si api dalam sekam, dan si talam dua muka.

Betapa, sungguh, dunia hari ini adalah dunia yang penuh dengan lambakan fitnah yang merata-rata. Hanya ilmu, bertanya pada mereka yang ahli, berfikir, dan memohon kekuatan iman, dipelihara iman agar tidak tenggelam dalam lautan fitnah yang hebat yang mampu menyelamatkan.

Maha Suci Allah, yang menjadikan tiap sesuatu. Sesungguhnya perbezaan dan kepelbagaian dalam sesuatu perkara merupakan sunnah alam yang telah ditentukan oleh Allah swt pada ciptaannya.

“Dari tanda-tanda (kebesaran Tuhan) ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan(ikhtilaf) lidah-lidah kamu (wahai manusia) dan warna (kulit) kamu, sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui” (Ar-Rum, 22)

Bukankah perselisihan itu dibenarkan, tetapi adab dan persaudaraan itu adalah lebih wajib kita menjaganya?

“Sesiapa yang mendakwa seseorang lain sebagai kafir atau dia berkata; Musuh allah, sedangkan lelaki itu tidak demikian, maka akan kembalilah apa yang diungkapnya tadi kepada dirinya sendiri”
(HR Muslim)

[Fikirkan bait kata ini, penuh hati-hati diiringi dengan fikiran yang jernih]:

"Rasulullah pernah berdoa tiga perkara, pertama, umat Islam tidak dihapuskan dari muka bumi dan Allah menerimanya, Kedua, umat Islam tidak mati kelaparan, dan doa itu juga diterima. Doa yang ketiga pula supaya umat Islam tidak berpecah belah. Tetapi doa itu tidak dimakbulkan Allah."

Doa itu tidak diterima kerana Allah hendak menguji siapa diantara umat Islam yang kuat imannya.

Paling hebat diperkatakan hari ini adalah tentang Isu kafir mengkafirkan saudara se-Islam kita yang lain. Pertembungan antara mazhab Syiah & Sunnah. Belasungkawa. Fitnah akhir zaman. Moga Allah melindungi kita, keimanan yang kita yakini. Ya Tuhan kami, jangan gelincirkan hati kami sesudah engkau memberikan kami petunjuk dan hidayahMu.

Perpecahan umat Islam tentang perkara akidah adalah fenomena yang rumit dan kompleks. Wujudnya pelbagai aliran dan mazhab dalam pengajian akidah membawa kepada pertentangan dan persaingan yang sengit antara aliran dan mazhab tersebut. Paling teruk, budaya taksub dan fanatik kepada tokoh dan mazhab berkembang serta membarah. Akibatnya umat Islam bermusuhan sesama sendiri demi menegakkan mazhab atau aliran masing-masing. Permusuhan sebegini memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umat Islam. Sesungguhnya isu Sunnah dan Syiah menjadi fitnah yang besar kepada umat Islam hari ini. 

Di negara Malaysia, isu perpecahan umat Islam dalam perkara akidah sudah lama berlaku. Satu ketika dahulu,  istilah kaum muda dan kaum tua jelas membuktikan hakikat ini. Dewasa ini timbul pula istilah kaum Salafi yang mencabar dominasi kaum A’syairah . Polemik demi polemik timbul antara kedua belah pihak namun penyelesaian tidak juga muncul. Sebaliknya yang timbul ialah pertelingkahan tajam yang merugikan kedua-dua belah pihak. Natijahnya, keadaan umat Islam terus tidak berubah, mundur dan lemah. Musuh pula semakin kuat dan gagah.

Adalah lebih baik golongan yang keliru itu, memahami terlebih dahulu akar tunjang sesuatu persoalan sebelum pergi kepada perkara ranting. Pengajian akidah wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman. Bermula daripada mukadimahnya dengan memahami makna iman, Islam dan rukun-rukunnya serta perkara yang membatalkannya secara umum. Kemudiannya pengajian secara huraian ( tafsil ) berkenaan rukun-rukunnya ( iman ). Seterusnya mengetahui fahaman-fahaman dan mazhab-mazhab yang melibatkan akidah untuk dijadikan sempadan supaya tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan.

Fikirkan sejenak, adakah pernah Amerika Syarikat membezakan antara pengikut Sunni atau Syiah dalam pencerobohan mereka ke atas Iraq ? Tetapi kenapakah umat Islam masih membeza-bezakan fahaman mazhab antara kita?
Para penjajah yang menganut berbagai ideologi dan fahaman, walaupun bermusuh dan berperang sesama mereka tetapi mereka bersatu menentang Islam.

Kita, apa yang sedang kita lakukan? Cukup-cukuplah mengkafirkan orang lain. Kita bukan tuhan, bukan kita yang menjaga kunci syurga.

Akhiri belasungkawa ini.


Bilakah lagi kita akan bersatu? Akhirkan saja sifat 'ananiah' [bersikap keakuan].

Bersatu maksudnya menguruskan perbezaan,bukan menghapuskan perbezaan.

Hari ini, kebanyakkan jalan penyelesaian yang dipilih selalunya terfokus pada soal-soal 'kulit', bukan lagi soal isi atau 'substance' sesuatu permasalahan.

-Ketahui puncanya, tangani puncanya, bukan pada akibatnya - 

Wassalam.

0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Kempen bahasa

Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

RUANGAN IKLAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

Kata Hari Ini

Manusia suka harta, tapi lupa pada amalan,
Manusia Suka rumah, tapi lupa pada kubur,
Manusia suka bercinta, tapi lupa pada neraka,
Manusia suka berbalah, kerana lupa adanya syurga,
Manusia Suka manusia, tetapi lupa pada pencipta...

Iklan kejap..


Arkib Penulisan

Pakat2 ikut

You're Invited

Komen Terkini..

Tukang Komen Paling Rajin

Widget by BloggerStop

HOT..entri ^^

popular widget