Hidup Untuk Yang Maha Hidup..
Hidup bukanlah untuk hidup, tetapi hidup adalah untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup yang lebih tinggi dan abadi.

Solat & Refleknya kepada Hidup



Assalamualaikum..

Selamat hari Raya buat semua pembaca, teman-teman, dan sahabat yang sentiasa di ingati, Moga Hari kemenangan ini, menambahkan kesyukuran buat tiap hati kita..

Sendirian di rumah, sambil menyiapkan tugasan,saya mendengar kuliah daripada Ustaz Aa gym, saya gemari tiap ceramah beliau, tiap kata-katanya memang sangat menembusi perasaan, mudah di hadam walaupun bahasa yang dia gunakan bukanlah bahasa sastera tinggi, cukup dengan perumpamaan, memudahkan pendengar untuk memahami apa yang cuba dia maksudkan.

Kali ini, saya berkongsi sedikit ilmu daripada isi ceramah beliau, tajuknya,

: SOLAT KHUSYUK..

dalam kuliah itu, KH Aa gym menggariskan beberapa reflek solat khusyuk dalam setiap kehidupan kita iaitu : [ Saya ringkaskan seadanya ]

1- Siapapun yang mahu merasai bahagia, rahsianya ada pada kekuatan ibadah kita, sedang hidup kita ini adalah ibadah, maka khusyuklah dalam solat kita, maka akan khusyuk lah setiap anggota kita.

2- Orang yang menjaga kualiti solatnya orang itu akan sangat menjaga dan menghargai waktu. Solat itu sendiri Allah mendidik kita untuk menghargai waktu. Maka orang tadi tidak akan membiarkan waktunya berlalu dengan sia-sia.

3- Orang itu juga sangat menjaga kebersihan. Seperti solat, solat di awali dengan wudhu'. Kebersihan bukan hanya pada fizikal, tapi keseluruhan hidupnya, kebersihan lisan, kebersihan perbuatan, kebersihan rezeki. Ada orang yang menjaga solat dan rajin solat tapi sayangnya dirinya tetap mengamalkan korupsi, buruk percakapannya, perbuatannya, maka solatnya adalah kurang baik, dan perlu di selidiki semula solatnya.

4- Kebiasaan hidup orang yang khusyuk dalam solatnya, akan terpancar pada tertib dan tersusunnya jadual kehidupannya. Cara susunan rumahnya tertib, susun atur biliknya tertib, dan segala apa yang di lakukan juga tersusun. Solat itu salah satu rukunnya adalah tertib. Allah menyayangi hambanya, maka tertib ini sebenarnya meminimumkan risiko dalam kehidupan kita. Bayangkan saja, jika hidup kita ini tidak tertib, berapa banyak kecelakaan yang terjadi?, tidak jumpa kunci rumah kerana tidak menyimpannya dengan tertib dan cermat, tidak menutup termos air panas dengan tertib yang akhirnya tumpah kepada anak sendiri, dan pelbagai kes lagi.



5- To'maninah = Hadir / hayati. Orang yang khusyuk dalam solatnya, pasti akan mampu menghadirkan dirinya, dan perasaannya taktala makan bersama keluarga. kebanyakkan orang tubuhnya ada di meja makan, tapi fkiran dan perasaannya ada di tempat lain.

6- Mengucapkan Salam : Orang yang baik dalam solatnya akan selalu mengucapkan salam, mendoakan kesejahteraan orang lain melalui salam itu.


Orang yang sangat menjaga kualiti solatnya akan sangat menjaga dirinya daripada melakukan hal yang sia-sia, malah mereka juga tidak akan sekali-kali merugikan atau menyusahkan orang lain...

Pada penutupnya, KH Aa gym mengatakan,

kebanyakkan orang sengsara bukan kerana masalahnya, tetapi kerana gagalnya manusia dalam mengendalikan fikiran dan juga hati"



Wassalam.. Jumpa lagi di lain entri..
0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.

Kempen bahasa

Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

RUANGAN IKLAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

Kata Hari Ini

Manusia suka harta, tapi lupa pada amalan,
Manusia Suka rumah, tapi lupa pada kubur,
Manusia suka bercinta, tapi lupa pada neraka,
Manusia suka berbalah, kerana lupa adanya syurga,
Manusia Suka manusia, tetapi lupa pada pencipta...

Iklan kejap..


Arkib Penulisan

Pakat2 ikut

You're Invited

Komen Terkini..

Tukang Komen Paling Rajin

Widget by BloggerStop

HOT..entri ^^

popular widget