Koc Pink : Wanita Sahaja Sepanjang Masa.



- Wanita SAHAJA sepanjang masa -



- Penumpang Koc ' pink'

Assalamualaikum..

Perhatian..

"Please sir, this coach is for women only"
Seorang petugas ktmb berdiri di pintu tren. KTM Komuter berhenti di stesen Mid Valley. Dua orang petugas KTMB yang lain juga mengulang kata tersebut di bahagian pintu tren sebelah, dan mengarahkan penumpang lelaki berpindah ke koc sebelah. Penumpang wanita menumpukan mata kepada semua penumpang 'lelaki' yang tersesat dalam koc bersticker bulat berwarna 'pink'.

Muka penumpang lelaki kelihatan agak pucat. Ada yang terus berdiri dan keluar dari tren, berpindah ke koc sebelah, lagak mereka seolah pesalah yang melakukan kes disiplin di sekolah, apa lagi bila petugas KTMB Lantang dan tegas suaranya mengarahkan penumpang lelaki keluar daripada koc ber'kaler''pink'tersebut.

Semasa 'spotcheck' berjalan, saya salah seorang penumpang berkesempatan belajar dan berfikir daripada insiden ini.

" Uncle, tolong keluar, ini koc untuk perempuan saja" Seorang petugas KTMB berusia lingkungan pertengahan 20-an mengarahkan. Saya dan penumpang lain hanya memerhati.

"Ta mau tulun sini wo, saya tulun itu kay el sentral, bukan sini" Uncle hampir mencecah usia emas itu berdiri di tengah-tengah sambil memegang palang besi dalam tren.

"Iya uncle, saya tau, tapi ini koc untuk perempuan saja, lelaki sana sebelah" Petugas itu merendahkan suara. Saya mula kasihan, mungkin uncle Cina itu tidak memahami dan mengikuti perubahan sistem KTMB yang terbaru ini.

"Ta Mau ooo..saya tulun sana depan lagi, ta mau, ta mau" Uncle itu saya lihat memeluk tiang tren besi. Bimbang diseret keluar barangkali.

Beberapa orang penumpang perempuan tergelak-gelak memerhatikan gelagat uncle tersebut, ada yang menekup mulut bimbang ketawanya pecah.

Petugas KTMB tersebut menekan dahi, mungkin pening memikirkan cara untuk memahamkan uncle tersebut. Perjalanan tergendala beberapa minit. Tidak lama kemudian seorang petugas KTMB Yang agak senior bermisai lebat [teringat watak A.Galak dalam gerak khas] muncul di sisi petugas muda tadi.

"Uncle, pindah ke koc sebelah ha, ini tampat utk pelempuan saja, lelaki di sebelah"
Uncle itu mengelipkan mata beberapa kali. Seolah menangkapi maksud. Pelukan tangannya di tiang besi di leraikan. Dia di pimpin ke koc sebelah.


Dalam masa yang sama, sepasang warga Indonesia terpinga-pinga.
"Sila ke sebelah encik" arahan diberikan kepada lelaki bersebelahan wanita Indonesia tersebut. wajah Wanita di sebelahnya berbaur warna pucat, menyampuk "Tapi, aku gak tau sih di mana setesen akhirnya, lantas aku perlu di mana?"

Lelaki indonesia itu senyap dan berdiri tanpa kata, terpinga-pinga, sambil di pimpin ke koc sebelah. Wanita itu cemas dan wajahnya pucat, tidak bergerak. wajahnya seolah meraih simpati[kalau kita la ke negara lain, mungkin juga berperasaan yang sama, risau tersesat]

Penumpang di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Entah bagaimana secara spontan saya bercakap dengannya,

" Ya, Kamu gak tau mau turun di mana nanti, jadi kamu ikutin saja dia di sebelah"Kedengaran penumpang yang lain mengiyakan kata-kata saya tadi. Wanita itu terus berdiri dan melangkah tergopoh gapah,menuruti lelaki tadi.



Itu Insiden Pertama, Insiden kedua di hari yang lain, minggu yang lain, dari KL Sentral menuju ke Seremban, Ya Allah.. memang bersesak-sesak makhluk Tuhan mahu menaiki tren. sesiapa yang selalu naik KTM tren dari kl sentral, tahulah keadaannya bagaimana. Sesak.. Rakyat Malaysia kini Agak menakutkan, Lagak bagai nak berperang masa nak masuk tren tu. Kesian dengan warga tua, Orang yang OKU [Kurang Upaya penglihatan, dsb]

Nasib saja belum pernah terjadi kalau-kalau warga emas tersungkur jatuh di landasan KTM akibat tolakan dan rempuhan mereka yang bertenaga muda.




Semenjak adanya Koc untuk wanita ini, terasa sedikit selesa untuk menggunakan perkhidmatan awam ini. Namun demikian apa yang saya perhatikan, terlalu ramai yang belum maklum tentang sistem ini, kemungkinan kerana pelekat yang ada di pintu tidak begitu 'attractive' untuk di lihat penumpang.



Apa yang saya selalu fikirkan, Mungkin adalah lebih baik jika KTMB cat terus Koc tengah tersebut dengan warna 'pink', dan letakkan ikon / Thumbnail 'ladies' cam kat pintu toilet tu..hehehe



Dari jauh lagi nampaklah warnanya yang 'pink' tu. Jadi lelaki-lelaki, sila balik ke koc anda.

Terfikir juga, kenapa tak buat daripada dahulu sistem ini, sedangkan dalam Islam dah cukup sistemnya, tinggal dipraktik sahaja. Lepasni, bolehlah wujudkan koc 'for Family' only. kesian bila tengok ada penumpang wanita yang bergelar ibu, mendukung bayinya [Belum sampai beberapa bulan], terpaksa mengikut suaminya di koc campuran, terpaksa berasak-asak dengan penumpang lelaki yang ada sesetengah speisesnya mementingkan diri, merempuh orang lain sesuka hati.

Buatlah juga koc untuk orang OKU.. kasihan golongan ini yang seolah-olah dipinggirkan dan tidak disediakan kemudahan mereka dengan sebaiknya.

Rasanya, setiap pemimpin Malaysia, perlu rasa sendiri bagaimana struktur perkhidmatan Awam kat Malaysia ni. Lantang bersuara di dewan Rakyat tentang masalah rakyat, dan Mendengar masalah Rakyat. Wahai Pemimpin, Mendengar & merasai sendiri masalah rakyat itu tidak mungkin sama keadaannya.

Mudah-mudahan pemimpin Malaysia yang ada sekarang ni lebih cakna tentang rakyat, jangan hanya sibuk mencanangkan perubahan..jika tiada apa yang berubah. Malaysia sangat Jauh ketinggalan dengan negara Vietnam, Singapura, dan akan datang, Indonesia.

Politik, kuasa, yang ada bukanlah lubuk untuk menimbunkan harta. Apa yang Kau Cari Wahai pemimpin.. Dunia ini sudah terlalu TUA UNTUK KAU MENIMBUNKAN HARTA, TERLALU TUA UNTUK KAU DOMBA FITNAH, TERLALU UZUR UNTUK MENAMPUNG DOSA-DOSA..Dunia ini pasti ada akhiran..semuanya..KELAK KITA SEMUA AKAN DI MINTA PERTANGGUNGJAAWABKAN DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA..


MatitUntukHidup..ahyA1912,05:52subuh.

5 Cakap2 Belakang..:

  1. Alhamdulillah.. Telah terlaksana..
    Takpe, kak. Nanti ada la tu koc2 yang lain..
    Walaupun slow sket... Asalkan ia dpt dilaksanakan.. =)

    BalasPadam
  2. Nice Oo ijja.. aku x tau langsung pasal benda ni... gud.. (^__^)

    -Ganun-

    BalasPadam
  3. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    BalasPadam
  4. assalamualaikum

    haha. setelah berbulan2 x naik tren, hari tu saya naik tren. tiba2 plak ada koc wanita. xtau r plak

    masuk2, bau wangi je. pelik juga kenapa tiba2 bau wangi.

    tgk2, dlm tu semua perempuan n ada tulis 'koc wanita sahaja'. pas baca tu, mula gelabah n malu yg amat sgt

    sampai kat stesyen berikutnya, saya terus lari keluar ke koc lain. x sanggup tanggung malu. hihi. ye r. kita sorang je yg macho dlm tu. hehehe

    BalasPadam
  5. II ShoutulMujahid >> w'salam.. hehe..xpe ramai lagi yang tak tau pasal ni.. dan selalu juga saya nampak ada kaum adam yang malu2 bila dah tersilap masuk koc wanita.. macam2 ragam dorg nak cover..hihih..

    Terima kasih sudi berkunjung ke sini..

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.