Dosa Dalam Facebook..



Saya suka untuk berkongsi sesuatu yang mungkin memberikan sesuatu pengetahuan baru kepada semua sahabat.

Artikel ini saya petik daripada Akhbar Harian Metro, bertarikh 09 Mei 2010 Ahad, m/s D18 Segmen An-Nur, tulisan Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman (Pensyarah perbankan & kewangan Islam UIAM).

Tajuk besar Tulisan tersebut “Dosa dalam Facebook, ada beberapa cara penggunaan boleh menyebabkannya menjadi haram”

Suka saya untuk berkongsi dengan semua yang mungkin terlepas pandang atau tidak terfikir sesuatu yang kita lakukan jatuh kepada ‘haram’. Moga hasil Tulisan Ustaz Zaharuddin, mengubah persepsi kita daripada yang sedia ada. Saya ringkaskan tulisan kepada bentuk poin yang akan mudah untuk kita fahami. Jom teruskan pembacaan.

Menurut Beliau [Ustz.Zaharuddin], ada beberapa cara pengunaan facebook yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan itu kepada haram, malah berganda-ganda haranmnya, beliau menyenaraikannya kepada enam iaitu :

1- MENDEDAH KEAIBAN SUAMI ATAU ISTERI DI FACEBOOK :

Pemilik facebook meluahkan rasa kecewa, sedih, benci, marah, atau Mendesak pasangan terhadap pasangan di ruangan status mereka.. [pada wall status]

Sebagai contoh, ada pasangan yang secara terbuka mendesak suami membelikan pinggan mangkuk, perabot, pakaian, dan sebagainya. Tertekanlah suami serta serba salah.Kemudian status tersebut mendapat komentar daripada rakan masing-masing.

Tanpa disedari, perbuatan tadi tergolong dalam perbuatan mengumpat. Pemilik facebook terbabit tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita hal rumah tangga atau pasangan mereka secara terbuka. Hanya dibenarkan untuk meluahkan masalah rumahtangga kepada yang mempunyai kuasa seperti ibu bapa, mentua, adik beradik [yang boleh dipercayai untuk membantu dan bukan menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga]. Boleh juga dikongsikan kepada pihak kadi, mufti, ilmuan, ustaz, ustazah, atau kaunselor rumahtangga.

Pendedahan yang akan mengaibkan pasangan adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk disebarkan melalui facebook.

2- TERLEBIH GAMBAR :

Ramai wanita pada hari ini yang punyai ’rupa’ meletakkan terlalu banyak gambar yang mungkin mahu dipuji atas kecantikkan yang dimiliki. Sebahagian mereka ada yang sudah punyai suami, dan seola-olah pasangan memberi kredhaan atas tayangan gambar kepada khalayak tanpa rasa cemburu dan prihatin.

Lebih bahaya, ramai pula lelaki yang menontonnya, memberikan pujian, malah bergurau senda serta membuat ’lamaran’ nafsu. Tuan punya facebook tersebut hanya membiarkan sahaja komen-komen yang tidak sepatutnya dibaca oleh orang lain, sedangkan mereka mampu untuk memadamnya.


3- PENYAMARAN :

Ada lelaki yang menyamar menjai wanita dan begitu juga sebaliknya untuk menjadi ’friend’ dan mendapat maklumat mengenai individu tadi. Ini terjadi kerana ada pihak yang tidak dapat mengakses profail lelaki / perempuan tadi. Jadi mereka melakukan penyamaran agar mereka di 'approve' sebagai 'friend'

Sekiranya penyamaran tadi berjaya, lelaki atau wanita tadi mampu untuk melihat seluruh gambar dan membuat sesuka hati terhadap gambar tadi.

Kerana itu walaupun gambar tadi terhad untuk dilihat rakan-rakan anda, pastikan ianya masih terhad dan terjaga.

4- MUAT TURUN GAMBAR UNTUK SIMPANAN TATAPAN:

Dimaklumkan juga, akibat gambar wanita terlalu bersepah di facebook, ada lelaki berhati buas memuat turun gambar trbabit untuk dijadikan koleksi peribadi. Untuk wanita yang mempunyai ’rupa’ perlu lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan ini. Malangnya golongan inilah yang terlalu ghairah untuk meletakkan gambar di dalamnya. Simpan sahaja gambar comel anda.

Adakah anda terlalu tidak sabar? Sedarlah, kecomelan anda mungkin akan menjadikan sebuah rumahtangga hancur serta cemburu wanita lain kerana boleh jadi wujud gejala suami membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika ini berlaku, pemilik gambar tadi mendapat saham dosa.

5- TANDAKAN GAMBAR TANPA IZIN & GAMBAR SILAM YANG MEMBUKA AURAT:

- Tandaan sesuatu gambar [ tag ] adalah berfungsi untuk menyebarluaskan sesuatu gambar kepada orang lain. Fungsi ini juga boleh menjadikannya dosa kerana ;

a- Sebahagian individu dalam gambar terbabit mungkin dulunya tidak menutup aurat, tetapi kini melakukannya, maka penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit didalam rumah, bersama ahli keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana didalam rumah sendiri. Akibat ketidakprihatinan sebahagan ahli keluarga terhadap hal aurat menyebabkan gambarnya yang demikian tersebar kepada orang lain.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi yang akan mengaibkan. Sekiranya orang tersebut adalah ’seseorang’ yang terhormat dalam masyarakat dan mempunyai kedudukan yang baik, maka apabila gambar tadi tersebar, ia akan mencemarkan nama baiknya.

6- MENGUTUK DIRI SENDIRI & KEBAIKAN :

Ada juga wanita berpenampilan solehah dan berpakaian sepatutnya dalam bab menutup aurat sewaktu zaman persekolahan atau universiti. Namun setelah memasuki alam pekerjaan / perkahwinan, imejnya tadi berubah [ berpakaian tidak menutup aurat, bermekap yang keterlaluan] Apa yang menyedihkan disini ialah apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian sopan di facebook, tuan punya badan tadi akan tanpa malu dan segan mengutk diri sendiri samada secara langsung atau tidak, contohnya melahirkan kata-kata :

’Zaman aku ekstrim’, ’zaman solehah’, ’zaman suci’, atau ’zaman kuno’, dan lain-lain frasa yang membawa maksud yang sama, tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban diri sendiri, sekaligus seolah-olah mengutuk pemakaian sopannya satu masa lalu.

KESIMPULAN:

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala ataupun gandaan dosa, jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berpada-padalah dalam menggunakan facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwah antara rakan lama, sekolah, dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda diantara suami atau isteri orang juga antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Jangan lagi mempermainkan nama ukhuwah untuk membuat dosa.

P/S: Gaya penulisan yang diolah daripada sumber asal adalah untuk meringkaskan penulisan.

Wassalam..

9 Cakap2 Belakang..:

  1. Tq kak Ijja.. :)

    Saya copy ye. Malas nak ringkaskan sendiri. Hehe. Tengok kat web ust. Zaharuddin panjang. Ambil akak punya je. Hehe..

    BalasPadam
  2. saya pun cari artikel nih! hehehhe tumpang bace...

    BalasPadam
  3. setakat ni aku tak buat pun perkara2 di atas..insyaAllah.hehe

    BalasPadam
  4. alhamdulillah even ak xda lew bek sgt..tp stkt nie xda lew buat lg mcm pe yg ustaz 2 ckp..then tok kwn2 ak lau da terbace blog nie..tlg lew jgn ltk gmbr yg x spttnye...

    BalasPadam
  5. sy stju skali.. mmg skrg rmai org y bt mcm to trutme prmpuan.. dlunye mnutup aurt tp kini mndedhkn aurt smpt u mgutuk dri sndri...

    BalasPadam
  6. minx izin copy ye artikel nie...

    BalasPadam
  7. minta izin nak share - tk

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.