Mulanya Molly, kemudiannya Gapi.



Terapi menenangkan jiwa, Cari Hobi atau Bina Hobi baru!

Kalau Dulu masa senggang saya banyak dihabiskan melukis still life painting, atau menulis apa-apa saja yang terbuku di hati, saya akan curahkan semuanya di atas kertas atau dinding Sekolah, biar ia tidak beku dan kaku di hati. [ Jangan simpan tension / perasaan anda, luahkan ia ke dalam bentuk Seni ] (^^,)

Cerita Satu :

-Hari kelima Pameran di One Utama – Beli set akuarium + ikan Molly sepasang -

Bila putaran kehidupan semakin tidak lagi mengikut kompas yang betul, hobi melukis dan menulis semakin renggang di waktu senggang yang ada.

Sudahnya, entah mengapa saya tanpa sengaja membeli Akuarium kaca yang Comel, sepasang Ikan Molly berwarna putih dan Hitam, pellet makanan, dan anti klorin, juga set batuan + Hiasan dalam akuarium bakal ikan-ikanku diami nanti. Saya bukanlah peminat ikan, tapi semuanya memungkinkan ia terjadi apabila ’booth’ Yong Tau Foo kami, [Ketika pameran, Jualan & Promosi anjuran Jab.Perikanan yang lepas ] berhadapan dengan ’booth’ Zarifah Aquarium. Sambil menunggu pelanggan datang berkunjung, saya tidak lepas memerhatikan pelbagai jenis ikan yang ada di booth tersebut. Bila terasa tension kerana sales kurang menjadi, hati akan sedikit terubat melihat gerakan ikan-ikan yang terdapat di sana. Melihat warnanya saja mampu menenangkan jiwa, paling saya suka, saya memanggilnya ’Lukisan bergerak’, Saya terfikir mahu membeli akuarium berbentuk ’frame’ gambar yang akan digantung di dinding bilik saya, ataupun mengubahsuai lantai rumah saya yang dibawahnya akan ada kolam ikan. Sambil duduk di atas lantai, saya boleh melihat ikan-ikan di bawah ’tiles’ kaca. [ Nasib baik rumah sewa, kalau rumah sendiri, saya akan usahakan jadikan ia realiti ] ;P

Itu cerita Satu..



Isi Cerita Dua :

- Hari Pertama menjejakkan kaki ke expo pameran yang kedua – Jusco Bukit Tinggi Klang – Sedih, berjauhan dengan ikan Mollyku –

Sebelum melangkah keluar pagi sebelum bergerak ke kilang, sepasang Ikan Molly baruku sempat ku beri makan. [ Makanan terakhirku buat mereka ]. Untuk memastikan kebajikan ikan-ikanku tidak terabai, wasiat + Amanat sudahpun ku titipkan buat ketiga-tiga rakan serumahku.



-ini lah muka mendiang ikan Molly ku yang dah mati-


” Kak, nanti tolong bagi ikan tu makan yea, sehari 2 kali je” begitu pesanku dalam SMS [ Sistem Mesej Segera ]

Tiada Balasan. Sibuk barangkali. Apapun saya yakin mereka dapat pesananku.

Petang, 3:15 petang, Sedang saya sibuk melayan pelanggan yang berminat nak jadi ejen Yong Tau Foo, telefon bimbitku bergetar [Mesej masuk]

Saya terkedu.. Tiba-tiba terasa dunia seakan gelap seketika.[ Emo terlebih ]

”Ijja, ikan ijja dua-dua mati..tak tau la kenapa” itu yang saya baca. Tiba-tiba rasa sedih..[ Sedih sebab tak sempat hadiahkan akuarium tu buat seseorang ]

Erkkkk!! Nak telefon rakan rumahku ke tak yea? Saya senyap. [ Cuba tenangkan diri]
Begini rasanya kehilangan yang baru sedikit..Sedang saya menimbang-nimbang perlu telefon ataupun tidak, telefon bimbitku bergetar lagi minta diangkat.

Kakak Rumahku : “ Ijja, sori, akak pun tak tau kenapa ikan tu mati..tapi pagi tadi sebelum akk kua, akk dah bagi makan dah ikan-ikan tu, tetibe balik tadi akk tengok ikan tu tak bergerak-gerak. Senyap je, tengok-tengok dah mati”

Saya : “Takpela kak, nak wat camana, Ajal dorang kan” [ Saya buat tabah ] ;P

Kakak Rumahku : “Nanti akk ganti ikan lain yea”

Saya : “Takpe kak, dorang dah mati, bukannya akk sengaja pun”

Kakak Rumahku : “ Tapi pasal apa ikan tu mati yea?”

Saya : “ Akk terlebih bagi makan tu kot, banyak tak akk tabur makanan dorang pagi tadi?”

Kakak Rumahku : ” Banyak, sebab akk rasa macam tak cukup je makanan tu, sebab makanan dorang halus-halus”

Saya tergelak. Kompom mati ikan tu sebab terlebih makan. Bak kata Pakcik Shariff, ’Over Feeding’. Ikan yang kecil-kecil takleh bagi makan banyak, bagi sikit je pun dah cukup, sebab prut diorang kecik. Macam tumbuhan, terlebih siram air pun akan mati, manusia pun macam tu juga, terlebih makan, membawa mudarat.

Cerita Tiga :

Sehabis Pameran di Klang, kami balik ke batu caves selepas tiga hari berkampung disana. Pameran terakhir kami akan diadakan di Jusco Setiawangsa.

Tamat saja semua Pameran, saya terkejut sebab Aquarium saya yang dah kosong hari tu kini kembali meriah dengan kehadiran dua ekor ikan Gapi. Thanks Kakak Rumahku. ;D [ Suke2]

Kini, balik rumah, saya akan tengok beberapa minit ikan dalam akuarium tu, sambil memikirkan idea baru untuk sesuatu.


- Ni pula ikan Gapi > ada sikit iras muka ikan gapi yang baru -


> Ikan yang kaler biru ni macam ikan corak batik, hah lepas ni boleh guna tema corak ikan ni pulak <


> Saya Agak-agakla kan, Tudung yang dua tone tu ambil inspirasi dari ikan ni kot?" <

Best bela ikan. ;D.. Teringat kucingku yang hanya ada sebelah mata kat Sabah yang ku tinggalkan. Rindu..

Rindu kucing, atau.. saya sedang merindui semua yang ada di negeri bawah bayu itu?


P/S : Nak bela ikan? Lawat kedai Pakcik Shariffudin kat Kompleks PKNS [ Zarifah Aquarium ] – Customer service yang saya bagi 5 bintang.
P/SSS : Beberapa ilmu yang saya perolehi daripada pakcik Shariff tentang ikan :
1- Semua ikan sebenarnya tidak memerlukan pam oksigen untuk hidup, kecuali di klasifikasikan hanya sebagai bantuan kepada ikan itu untuk brnafas. [ Ikan tertentu ].

2- Ikan Gapi / ikan Molly / ikan yang kecil tidak memerlukan makanan yang terlalu banyak. Hanya 2 cubit atau 3 cubit taburkan makanan mereka. Jangan sampai Over feeding orait!

3- Ikan Gapi + Ikan Molly ikan yang cepat membiak, kalau dah agak banyak, tukarlah akuarium yang lain. Kena asingkan ikan Gapi kalau anaknya dah beranak, nanti habis dimakannya pula. ;0

4- ikan yang sedang tidur tidak akan bergerak-gerak.

5- Ikan akan terkejut jika cahaya terlalu terang secara tiba-tiba [ Psikologi ikan terganggu ]

6- Banyak lagi nak kongsi. Tapi mata dah seolah melekit, amaran awal untuk tidur. Untuk lebih info, jumpalah pakcik Shariff + Makcik Zarifah, dorang banyak ilmu tentang ikan.. ;D

Selamat mencari Hobi Baru! Adios...Wassalam.


ahyA 1912, Gombak.

7 Cakap2 Belakang..:

  1. aku bela ikan sejak dari kecik lagi. Ikan gappy nipun penah bela, molly pun penah, skang aku bela kaloi ngan ikan emas. Seronok bila tgk dia berenang. cam nak join....

    BalasPadam
  2. mana nak dapat ikan gapi calour2 tu

    BalasPadam
  3. Syarikat Kami Menyediakan Perkhidmatan:
    *Tempahan pelbagai ienis & saiz akuarium.
    *Pelbagai jenis ikan hiasan air tawar, laut/marin, tumbuhan laut/coral & tumbahan akuatik.
    *Pelbagai eksessori akuarium & kolam ikan.
    *aquaskap, landskap, hardskap & hiasan taman.
    *servis akuarium & kolam ikan.

    BalasPadam
  4. Wahh.. tu kat atas ni owner Pemilik Kedai yang datang mai komen sendiri blog ni.. Makcik, Ikan gapi saya dah mati..sedih sangat.. huhu..

    BalasPadam
  5. ikan gapi & molly makan pallet jenis camner ek?

    BalasPadam
  6. salam..
    sy nak sharing pengalaman sy pagi ni..ikan gapi yg baru 3hari sy bela di table opis da mati..sy namakan vitaly. sy tak tau puncanye, tp kwn2 yg expert bgtau maybe sbb dia da tua, (mase beli pon ekor dia da kembang sgt), maybe tmpt baru..klorin baru..akuarium baru..Sedih mmglah sedih, tp sbb kat opis kan..xleh lah nk tnjukkan emosi sgt..hihi.. ape2pon, harap2 geng2 vitaly yg lain ni(sy namakan madagascar team) leh adapt tmpt baru ni.. seronok tgk dorg ni berenang2..terapi jiwa yg sgt2 menenangkan actually...

    BalasPadam
  7. Saya ada ikan molly dan ikan guppy dan laga

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.