Sepagi Bersama Usahawan 'Bumi''putera'



Assalamualaikum..

"Ijja, datang kilang tak hari ni?" Razak awal-awal pagi semalam sudahpun menelefon.
"InsyaAllah datang.." Sambil terbatuk-batuk sy menjawab.
"En.syed tukar plan, dia nak Razak 'ngan' Ijja Pi MIDA esok,demam dah ok ke?"
"Ok sikt dari yang sebelum ni" Sambil terbatuk lagi saya menjawab.
"Confirm yea ijja p? kita gerak kul 8.00 pagi besok"
"InsyaAllah, ijja datang awal besok"

19/01/10, Selasa, 8.00pagi..

Jam7.54pagi, saya sudahpun sampai di kilang Hikmah Food. Menantikan kereta sampai, tepat-tepat saja pukul 8.34pagi, kami bergegas ke MIDA [Malaysian Industrial Dev.Authority] , Seminar & Dialog bermula pukul 9.00 pagi, tingkat 13. Tidak sempat bersarapan pagi, perut mula berbunyi-bunyi..

Masuk saja ke 'hall' MIDA, Saya dan Razak agak tergamam, Kecanggungan mula terasa, bukan sebab tak pernah masuk dewan, tapi bila melihat deretan nama kat atas meja tu.
"Kita tak silap tempat ke ni Razak?" Saya tanya soalan bonus.
"Dok eih, betul la tempat ni" Razak mendahului masuk ke dalam.Saya mengekori dari belakang, semua mata agak tertumpu ke arah kami. Saya buat-buat tenang, Razak juga begitu, orang-orang yang ada di dalam, semuanya 'semat' belaka..hihi..berkemeja, bertali leher, ada juga yang ber kot mewah, bertali leher, yang wanita juga sama. Saya hanya berbaju 'simple' cukup syarat nak ke majlis rasmi, Razak juga begitu, cukup hanya berkemeja jalur-jalur berwarna 'maroon'.



Setelah mendapat tempat duduk, kami terus duduk. Razak yang sememangnya belum bersarapan terus menuang kopi ke cawan. Ramai juga yang saya lihat sedang bersarapan. Saya agak kekok dengan suasana begini, mujur saja diri mudah ditenangkan. Kerusi di sebelah saya di duduki oleh puan pegawai bahagian Pembangunan usahawan di PUNB..Wah, lepasni boleh tanyakan beliau tentang insentif untuk usahawan bumiputera.. ;D

Antara CEO-CEO syarikat yang hadir,Superbest Power [M] Sdn.Bhd, AJ Foods, Al-Fikrah, jcvsChocolate, Pizza Pah, Banyak lagi tauke-tauke IKS yang sudah ada nama hadir di seminar dan Dialog ini. Majlis di rasmikan pada pukul 9.30 pagi, di rasmikan oleh Dato' Wahab, pengarah kanan MIDA II, yang sudah berpengalaman luas dalam MIDA. Walaupun agak kurang faham tentang Isu yang cuba dibincangkan, saya cuba untuk mencatat serba sedikit 'terms' yang di gunakan dalam seminar ini, later on saya akan cuba tanyakan mentor tentang maksud terms tersebut. Seminar dan Dialog berlanjutan kepada masalah-masalah usahawan bumiputera, masalah yang sedang dihadapi, inisiatif kepada solusi masalah, dan sebagainya. Menariknya, banyak ilmu yang bertambah dalam kantung pelajaran saya untuk pagi ini sahaja. Sehabis dialog, kami bertukar-tukar kad nama, dan bersiap untuk ke majis makan tengahari bersama usahawan yang lain.

Duduk semeja dengan tauke kilang Mayonis, kilang coklat, dan kilang Roti, terasa sedikit kami ini agak kecil bila duduk disebelah, tapi Tauke-tauke tadi sangat rilek, tidak sombong, sudi pula memberikan tips-tips untuk digunakan dalam perniagaan, Sambil membuat round table, kami berkenal-kenalan, Bila tauke-tauke tadi tau saja kami daripada Hikmah Food, mereka terus tersenyum, dan mengatakan "Mentor kamu tu kawan baik kami, memang link juga dengan bisnes kami"

Sambil bertanyakan plan bisnes kami di masa depan, tidak putus kata-kata semangat dan dorongan yang mereka kongsikan buat kami. Terasa sangat berharga kutipan pengalaman mereka, bukan setahun dua mereka berbisnes, ada yang sudahpun menjangkau 16 tahun, dari sekecil-kecil pengalaman, hinggalah yang besar-besar, saya tekuni tiap pelajaran teori secara tidak langsung daripada mereka.

'Betul lah, industri dalam Malaysia ini sangat kecil, pasti akan jumpa juga bila ke mana-mana,' Teringat saya En.Syed mengatakan begitu kepada saya, sewaktu mula-mula melapor diri di syarikat beliau.

Sehabis makan dan bersalam-salaman, saya dan Razak bertolak pulang ke Kilang. Lepas ini ada tanggungjawab lain yang sedang menunggu..

Pelajaran hari ini:

- Dalam bisnes galakkan perhubungan yang sihat dan baik dengan usahawan yang lain.
- Elakkan jatuh menjatuhkan pesaing.
- Be Prepared, sentiasa sediakan diri untuk melihat peluang-peluang baru, kerana setiap hari, jam, saat, minit, Peluang baru sentiasa muncul, so nampak peluang tu, rebut dan buatlah yang terbaik. Siapa tahu, peluang itu bakal merubah kehidupan kita di masa depan..

Satu Hari, Kutip Satu pelajaran, Satu Hari, Satu Anjakan Perubahan, Satu hari Dalam hari ini, bakal merubah hari kita yang ada di hadapan..
Teruskan Momentum Diri.. teruskan bermotivasi..


Wassalam..

ijja,Gombak..

0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.