Antara dua pakcik Teksi.

Assalamualaikum..



Selesai saja kursus RP di Residence Hotel, Bangi, saya bergegas ke KL Sentral bersama kak Yanni. Mulanya saya fikir kak Yanni nak naik teksi terus ke Stesen LRT Putra, rupa-rupanya missed Communication, yang betulnya kak Yanni nak naik bas daripada Stesen Bas Putra, KL, hmm, dah terlambat nak explain semula kat dia, mahu tidak mahu, kupon tiket teksi dah dibeli dikaunter Teksi, RM13.00 Dikenakan daripada KL Sentral ke Stesen Bas Hentian Putra, KL. Simpati pula jika nak tinggalkan kak Yanni sendiri dengan beg depan belakangnya yang nampak dan memang berat pun, saya kira. Selamat saja Kak Yanni menaiki Bas menuju ke Kuantan, Pahang, saya pula agak termangu di tepi jalan mencongak sendiri, mahu naik teksi atau kembali ke KL Sentral?

Beg sandang hampir 3KG lebih, beg dibahu kanan dekat-dekat 2KG, beg plastik digenggaman tangan, hampir ke angka Sekilo. Mahu berpatah balik, sekejap lagi Maghrib bakal menutupi langit yang cerah. Saya berfikir-fikir.

"Naik teksi atau lrt?"
Kepala terasa berat, pandangan seakan kabur, belum ditambah lagi dengan lenguh tulang belakang dan bahu yang rasanya seakan mahu patah, Badan seolah sangat terdesak mahu cepat-cepat menagih hutang rehatnya dengan aman. Sedang saya mencongak-congak sendiri,

"Teksi Dik, Nak balik mana ni?" Seorang brother teksi menegurku sambil puntung rokok yang berasap tersepit dibelahan jari telunjuk dan jari tengahnya. Beberapa butang bajunya tidak dikancing kemas.

"Errr, ha'ah, nak balik."Agak canggung saya menjawab, tambahan pula ini kali pertama saya mengambil teksi daripada hentian ini. Pelbagai persoalan bermain di minda, tambang, dan paling penting hati saya terdetik, 'Boleh percaya ke brader teksi ni?'
Entah kenapa gerak hati saya terdetik sebegitu.

"Balik Mana dik?" Brader teksi menyoal kali kedua, menyedut asap rokoknya, khayal.
"Taman Sri Gombak, Boleh?" spontan saya menjawab, jujur. Brader tu angguk-anggukkan kepala.

"Berapa Tambang pergi sana, pakcik?" Spontan juga saya bertanya, berkira-kira tentang bajet untuk tambang.

"35.00 Ringgit? boleh?" Brader bercermin mata hitam itu menjawab spontan.
"35.00 Ringgit? mahalnya pakcik..selalu saya naik teksi takde la tambang banyak tu.." Saya tiba-tiba menjawab jawapan yang di dalamnya soalan berstrategi. Saya tidak mahu menjadi mangsa ketamakkan pemandu teksi yang 'selfish'..

"Biasanya adik naik berapa bayar?"
"Tak sampai RM35.00 pun, selalu dalam RM20.00 je tak pun tak sampai pun RM20.00"
"Dah petang dah ni Dik, jalan raya jem, lagipun teksi guna meter ni" Dia membalas sambil menghembuskan asap rokoknya ke udara. Saya cuma diam. Dalam hati terasa berat sangat nak naik teksi dia ni. Melihat saya hanya diam, tiba-tiba dia berkata dengan saya,
"Ok lah Dik, RM30.00 la..bleh?"
"Sekejap yea pakcik" Saya diam saja, sambil menimbang-nimbang rasional tambang sebanyak tu dengan jarak rumah saya yang tak sejauh mana kalau diikutkan. Sedang saya menimbang tara, Sebuah teksi betul-betul berhenti di depan saya. Saya terus bertanya pakcik teksi tu,



"Assalamualaikum Pakcik, pi Tmn.Sri Gombak Berapa yea?"
" Wa'alaikumussalam, tak berani nak kata la dik, sebab kita guna meter" Pakcik tu menjawab dengan nada yang lebih saya yakini, dan kedengarannya lebih jujur berbanding pakcik yang pertama tadi. Tanpa fikir panjang, saya terus masuk ke dalam pakcik teksi yang kedua. Dari jauh saya kesani muka tak puas hati pakcik teksi yang pertama.

"Berapa dia minta dik?" pakcik teksi kedua, pakcik Saiffuddin namanya menyoalku.

"RM30.00, Pakcik. Kalau ikut pengalaman pakcik la, selama pakcik bawak teksi hantar orang ke Gombak, sampai tak RM30.00? "saya menjawab yang dalam jawapanku pasti ada soalan terselit sama.

" Susah juga nak kata dik, sebab kadang-kadang 'jammed', tapi biasanya tak adalah sampai banyak tu tambang, apa-apapun sampai nanti kita tengok berapa kena kat meter ni." Pakcik Saiffuddin jawab tenang.

Sepanjang perjalanan banyak cerita dan soalan yang saya tanyakan kepada pakcik Saiffuddin. Ada saja soalan berkaitan prosedur membawa teksi yang saya tanyakan. Mujur juga pakcik Saiffuddin ni rajin dan suka bercerita dengan saya. Hasilnya hampir banyak ilmu yang saya kutip dalam sehari, walaupun mungkin tidak secara terperinci tentang 'teksi' ,namun sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan Am dalam kehidupan.

Sampai saja depan pagar rumah, Azan Maghrib berkumandang menandakan tepat-tepat waktunya tiba. Sayup, sayu, mendamaikan dan begitu menggamit perasaan.

"RM15.30 Dik" Pakcik teksi memaklumkan. Dengan segera saya keluarkan dua keping not berwarna Merah, bertukar tangan dan bakinya biar saja pakcik Saiffudin Simpan. Kejujurannya membuat saya senang dan dia sepatutnya mendapat lebih daripada nilai yang asal.

Sebaik salam diluangkan, saya terus ke kamar tidur, menunaikan Maghrib yang dengan hakNYA, merehatkan badan,dan mental yang sudah seminggu belum dilangsaikan hutang rehatnya.

Sudahnya, saya demam masuk hari yang ketiga hari ini. Doakan saya cepat sembuh. Demam ini benar-benar menguji kekuatan.

Wassalam,
ijja1912, Gombak..
..

6 Cakap2 Belakang..:

  1. Saya taknak nangis baca cerita ni.
    Haha.

    BalasPadam
  2. saye pegy summit dari ktm subang rm15 .. chibai toyl

    BalasPadam
  3. akak selalu lupa untuk rehat kan..haish~

    BalasPadam
  4. ll Wal >> Nangis nape, adakah tambangku yang mahal ataukah syawal kena lagi mahal.. huhuh..

    ll Sayang >> Nak kena tgok gugel map ni baru dapat agak jauh jarak tu camne..nnt nak tanya pakcik saipuddin^^

    ll Wann >> Heheheh..rehat memang kengkadang cam takder dah lam schedule..tolong2.. ^^

    BalasPadam
  5. selalu guna teksi yang guna tiket tu je kat klsentral.harga dah fixed

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.