ll Perantis Life 01 ll



Assalamualaikum..

Diam tak diam atau saja-saja nak duduk diam-diam, hampir 4 bulan kami bergelar siswazah perantis di bawah seliaan PUNB [Perbadanan Usahawan Nasional Berhad]. Ada diantara kami yang hampir 5 bulan dan ada yang dah masuk 6 bulan. Kursus perantisan ini sepatutnya akan memakan masa setahun, disebabkan ada manusia yang suka mencipta masalah, atau layaknya di gelar sebagai mastermind utk membuat ’PLAN’ menimbulkan masalah, kami berlima mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh kursus di sini..[Nama syarikat sengaja dirahsiakan untuk mengelakkan saman-menyaman] .

Sebagai intro, apa kata nyanyi sendiri-sendiri lirik lagu kat bawah ni, suara sumbang dan merdu masing-masing tidak akan masuk dalam penilaian pengadil. Apa yang penting setiap anda ’feel’ makna lirik bawah ni. [ Ikut Rentak lagu 10 Budak Hitam ]

7 orang perantis, Masuk syarikat ini,
1 Tarik Diri, Tinggal lagi 6..
6 Orang Perantis, Asyik kerja yang sama,
1 Dikatakan Malas, Tinggal Lagi 5..
5 Orang Perantis, Asyik buat samosa,
1 Disabotaj, Tinggal Lagi 4..
4 orang Perantis, seringkali diuji,
Masih juga sabar..sabar..sabar..sabar..


“To Live is to learn, to learn is to love, to love, is to live” [aish, pening gak baca frasa ni, silalah baca beberapa kali untuk memahami makna ayat..]

Baru masuk bulan ketiga dan nak masuk bulan keempat ini saja, terlalu banyak moral ‘value’ yang kami dapati dari kilang ini. [Produk syarikat ni kira ada nama yang agak kuat juga di persada perniagaan, walaupun baru beroperasi masuk tahun keempat]

Masuk bulan-bulan ni, Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu. Nak kata ilmu perniagaan, amatlah sedikit diperolehi dari sini. Ilmu paling banyak kami cedok kat sini ialah, ilmu baru dalam memerhati gelagat manusia :

1- Memahami Gelagat, riak muka, aksi atau bahasa tubuh seseorang ketika berbohong..

2- Cara-cara mengenali ayat-ayat manusia yang sangat suka mengorek cerita orang lain

3- Cara menganalisis bahasa PSIKOLOGI yang digunakan hampir tiap orang yang berpengaruh untuk mempergunakan orang-orang bawahan.

4- Cara-cara untuk lepas daripada peraturan bisnes yg jujur dan telus..mudah saja sifirnya..
> “Kami ada duit, kamu buat saja kerja, kami akan bayar..”< [Ucapan terus dari orang berpengaruh kaum-kaum atasan yang lidahnya tidak perlu bayaran tol, zakat atau insurans. ]

5- Bagaimana menjadi bijak untuk ‘save cost’ dalam mengeluarkan produk, walaupun saya terkejut kerana berlaku satu insiden dimana resepi cutlet a.k.a bergedil dibuat testimoni untuk dicampurkan tepung supaya menjimatkan kos kentang, dan daging ayam di tukar kepada kiub ayam? Haishh..terpegun saya mendengar idea orang-orang atasan yang berpengaruh.. –
* Nota kaki ; Nasib baik la..idea ni hanya bertahan 3 kali sahaja, sebab saya dan chef Don[*Bukan Nama sebenar ] + rakan-rakan perantis yang lain mengutuk, mengecam, dan mentertawakan rasa cutlet a.k.a bergedil yang sangat ganjil rasanya, dan lebih ganjil lagi orang-orang atasan berpengaruh terfikir idea seperti ini:
> Jimat Kos Kentang dan ayam > Tambah Tepung > Output banyak = tapi hasilannya > Kualiti rasa Cutlet a.k.a Bergedil yang langsung tak sedap. [Tidak bermakna menghina makanan, tapi kenyataannya kalau kita nak hasilkan produk yang baik, buatlah baik-baik, terbaik dan sehabis baik, so orang lain yang makan pun tak lah sampai terkebil-kebil biji mata hendak meneka makanan apa yang sedang dikunyah tu.]
*Nota kaki lagi : Kami buat kesimpulan, walaupun dapat output banyak, Rasa tak sedap, habis tu siapa yang nak beli lagi kalau dah tak sedap? = sales akan turun, efek kepada pulangan produk & keuntungan syarikat tu.
Lagi berbisa ayat Chef Don > “Ini curang dalam bisnis namanya ni”
Saya pula membalas > “Pelik manusia ni, bila dah kaya makin tamak, bila dah makin mampu, semakin risau akan kekurangan..”


6- Cara bagaimana orang-orang atasan memberikan jalan keluar, atau tunjukkan jalan keluar kepada orang-orang bawahan, tidak kira samaada dengan cara terpaksa, memaksa, atau mensabotaj orang lain.

7- Cara bagaimana mahu kelihatan mulia depan orang lain, seolah-olah kita tidak pernah memberhentikan sesiapa, tidak pernah memburukkan sesiapa, dan tidak pernah mensabotaj sesiapa, sifirnya juga mudah, :
> Cakap depan mangsa ayat lain, cakap didepan staff lain, ayat yang lain pula<

8- Perlu tahu undang-undang syarikat, undang-undang ordinan buruh, pastikan orang-orang bawahan kita jahil tentang undang-undang ini, dengan kejahilan mereka, kita boleh sesuka hati memaksa mereka untuk terus berkerja sampai pukul 3.00-4.00 pagi, selain daripada itu kita bolehlah memerah ooopppsss..disebabkan sekarangni dah zaman moden, saya tukar istilah perah ini kepada > SPIN< meme’spin’ tenaga pekerja sehabis-habisnya sampai kering untuk bermati-matian berkerja, yang penting syarikat untung banyak. oleh itu adalah sangat penting ilmu ini, sangat berguna untuk menyalahgunakan ilmu ini, lebih-lebih lagi kepada orang-orang bawahan yang jahil tentang hak mereka sebagai pekerja, apatah lagi sebagai manusia.

9- Tak perlu tahu sangat kira mengira atau congak-congak sangat. Dengan ketidak ‘berapa pandaian’ sangat kira mengira ini, bolehlah kita mengambil ringan semasa pengiraan gaji dan overtime dikira. Mana yang setengah-setengah masa, atau Cuma 2, 3 hengget tak payah kira, dan tak perlu masukkan dalam ‘salary voucher’ pekerja tadi.

10 – Selain daripada kepandai-pandaian atau sifat memandai-mandai di atas tadi, seseorang yang berjiwa nak jadi usahawan atau nak jadi orang-orang atasan, paling penting, semasa membuat keputusan tu, tak kira la keputusan apa, tapi selalunya berkaitan dengan permasalahan pekerja atau lebih tepatnya orang-orang bawahan atau kata paling tepat sebagai hamba, ikutlah emosi anda semasa membuat keputusan, tidak perlu fikir panjang-panjang, tidak perlu fikir-fikir masalah orang bawahan, yang penting anda sebagai orang atasan lepas, yang penting reputasi kemuliaan anda sebagai orang-orang atasan tidak terjejas dan tergugat didepan pekerja lain anda, yang mana belum menjadi mangsa anda, atau bakal mangsa anda. Ini sangat penting agar pekerja lain tahu anda adalah orang atasan yang baik hati, jujur, amanah, telus, tulus, berkerjasama, bertatasusila, berhemah tinggi, berkaki lebar, dan sentiasa tersenyum lebar.

Tapi anda kena ingat, sebagai usahawan, bakal usahawan, atau bakal orang-orang atasan, anda manusia biasa, mati bila-bila masa, entah hari ni, esok atau lusa, nyawa tidak lagi bersisa, kubur kata MARI-MARI, CINTA MATI..rumah kata PERGI-PERGI, DARI SINI, tiada yang abadi..Allah tu maha Adil, cepat atau lambat, Tidak Disini mungkin disana, pembalasan itu ada, malah Sebesar zarahpun kebaikan atau kebatilan yang dilakukan, Allah takkan pernah terlepas pandang..

11- Disebabkan Kami, para perantis dan orang-orang yang bergelar orang bawahan yakin dan tahu Allah itu ada, kami tetap bersabar, kerana sabar itu subur.. Selagi mana sabar itu masih bersisa, para perantis yang mahu belajar akan tetap terus belajar, walaupun jalan itu sangat pahit, dan menyakitkan jiwa yang merasa.

SABAR..Itu pelajaran terbesar daripada semua pelajaran-pelajaran di atas tadi.
Dalam masa yang sama berusahalah untuk mencari jalan keluar memperbaiki keadaan yang terang-terangan tak betul, tapi andaikata orang-orang atasan tetap merasa gah dengan semua tadi, apa salahnya kami orang-orang bawahan angkat kaki, bawa diri, juga hati berhijrah ke tempat lain. Daripada diri turut terpalit sama, carilah rezeki itu di tempat lain.

Bumi tuhan, walaupun mungkin sederhana kecil, keluasan rezekinya tidak pernah dapat dihitung buat sesiapa yang tetap berusaha mencari dan tidak merasa putus asa dari rahmat ilahi.

Pengajian tentang ilmu-ilmu baru tadi akan disambung semula pada entri berikutnya.
”Kehidupan adalah sekolah yang terbaik, selagi mana kita mahu belajar di dalamnya”


Wallahu Ta’alam..

Dedikasi Khas :
Rakan-rakan Perantis,
1- Buat sist Iela [*Bukan nama sebenar ], Take it easy kak, Fight for our Right..Kerana bumi tidak pernah berhenti putarannya, kita perlu teruskan misi, walaupun terpaksa beberapa kali sabar seakan tercalar, yakin kita dipihak yang benar..
2- Munirah [*Bukan Nama sebenar ], sabar mun, nnt ijja update pelajaran kita hari tu..(^^,) simpan2 ulu ilmu tu..
3- Raiyan [*Bukan nama sebenar ], Lepas ni kena kuat dan berani untuk katakan ’TIDAK’ and you need to do it..dah nak habih ni, InsyaAllah kejayaan akan mengiringimu.
4- Azrul [*Bukan nama sebenar ] InsyaAllah, semuanya yang terbaik akan memihak pada orang-orang yang benar..
5- Min [*Bukan nama sebenar ] Sobat, manapun dirimu kau bawa pergi, yakin ukhwah ini tak pernah sy lepaskan, walau jarang msg, emel atau ym, paling penting DOA antara kita adalah tali hubungan yang tak berhijab dan tidak memerlukan perantara ditengahnya..
6- Ning [*Bukan nama sebenar] Semoga Allah melindungimu selalu. Kejayaan itu ada dimana-mana, dan seringkali ia terjadi dan menyusul selepas kejayaan yang pertama..

4 Cakap2 Belakang..:

  1. terasa rugi plak melepaskan saat2 mendebarkan dan penuh tragis di kilang yang dirahsiakan ini...walau cmne pun, min dr jauh sentiasa doakan pihak yang benar dan semoga segala pengalaman berharga ni menjdai sempadan dan teladan bile masing2 dh stat bisnes...Lebih alert and jgn nk fikir untung short term jer...perniagaan itu mulia, jgn cemarkan dgn perkara2 yang tak sepatutnya...All d best to ijja & the geng yang begitu tabah. diriku tak setabah kalian.TAHNIAH!!!

    BalasPadam
  2. Min.. walaupun min tidak merasai sekali keadaan tu.. min masih sebahagian dari apa yang kami dah lalui.. ;D

    BalasPadam
  3. NO WORRIES MY PREN, JUST KEEP STRIVE FOR OUR VISION AND MISSION... WE WILL ON THE TOP ..TIME WILL TELL US WHEN..

    BalasPadam
  4. Salam.. tak sangka ada yg lebih truk dari tempat sy..hehe.. sy pun tgh berkursus gak.. tp tak laa seberat yg dibaca ini :D.. harap tabah dan sabar menghadapi dugaan. :D

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.