[India Otak][Cina Otak][Otak Melayu]


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Baru saja balik dari kem BTN baru-baru ni, [ 05-08 November ], kem ni di jalankan di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor. Siapa yang pernah ikut kem BTN? Angkat tangan.. sy masih ingat lagi, sebelum ni, adik saya yang berumur 19 tahun nak sangat terpilih utk ’join’ kem BTN ni, bukan atas sebab apa, tapi bagi beliau, mahu memupuk sifat pemimpin dan kepimpinan katanya, tapi sampai skangni blom terpilih-pilih lagi. Lepasni ikut la program PUNB PERANTIS lak, mesti nak tak nak, suka atau tidak kna ikut kem ni, tiada pilihan lain.

Macam biasa la, modul sepanjang kem ni adalah untuk menyedarkan insan2 betapa pentingya mempertahankan kedaulatan negara, tahu hak-hak sebagai orang melayu / Bumiputera, tahu apa itu isi-isi penting dalam undang2 Persekutuan Perlembagaan Tanah Melayu, Wasiat Raja-Raja Melayu, Perkara [153] , [152], [14] , Tentang sikit-sikit perihal cara undian di kira, Dan lain-lain.. ada juga istilah yang saya dengar, Kem BTN ni nak kipas, nak Jack kerajaan je lebih. Tak Adil la, dan berat sebelah dalam membincangkan isu kenegaraan. [ Nak buat camna, BTN ni kan memang di bawah kelolaan dan ditaja penuh dari kerajaan, misi kerajaan juga adalah untuk meningkatkan kesedaran generasi muda ttg kepentingan sesebuah negara ] = Apapun, sesiapa yang ’join’ Kem ni, pandai-pandailah menilai, analisis, dan berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi individu yang tak minat sejarah, ’of course’ akan menidurkan diri masa modul kenegaraan kat dewan..tambah-tambah lagi dengan suasana kondusif..lena tido.

Ok skangni tak nak cerita panjang berjela pasal Kem, Cuma nak kongsikan satu cerita yang agak relevan untuk di fikir-fikirkan..

Pada zaman dahulu, ada seorang ’Britishman’ pengkaji arkeologi a.k.a saintis la juga, mendarat ke Tanah Melayu. [Beliau amat fasih berbahasa Melayu ]. Tujuan British ni sanggup jauh2 datang ke TM [Tanah Melayu ] ni adalah untuk mengkaji Otak-otak yang ada didalam kepala setiap penduduk TM ketika itu. Beliau pun bertemu la dengan sorang penggali Kubur di Suatu perkampungan TM.

BRITISH : ”Pakcik, ada tak Orang yang mati hari ni? Saya nak otak dia, nak buat kajian..”
PAKCIK : ”Ada-ada..”[Kebetulan ada orang India baru meninggal ]
BRITISH : ”Berapa Harganya?”
PAKCIK : ”OOO...Ni orang India, harga dia boleh tahan, dalam 7 Ribu la..”
BRITISH : “Ok-ok, saya beli..”

Minggu depannya, British ni datang semula..tanya soklan yang sama..lalu Pakcik tu jawab :

“Ada-ada...Hari ni ada orang Cina baru Mati..”
“Berapa Harga otak dia?”
“Huihhhhhhhhhhhhh...Mahal-mahal...” [Pakcik tu JAWAB SAMBIL geleng-geleng kepala ]
“Kenapa Mahal?” [Dahi british tu berkerut-kerut]
“Mestilah Mahal...Orang cina ni pandaiiii..sangat pandai dari kaum-kaum yang lain dalam Tanah Melayu ni“ Pakcik tu jawab ’slumber’.
“Takpa2, saya beli, berapa harganya??“
”15 Ribu sajaaaa..” Pakcik tu jawab. Orang British tu beli gak otak tu.

3Hari lepas tu, British ni datang semula, macam hari sebelumnya, dia bertanyakan soklan yang sama, pakcik tu jawab :

PAKCIK : ”Ada, hari ni ada orang Melayu meninggal pagi tadi..mau bili ka?”
British tu angguk-angguk..
”Berapa Harga?” BRITISH TU TANYAKAN HARGA..

Belum pun pakcik tu menjawab.. saya terus potong ayat pakcik tu...

”Chop-chop...biar pembaca belog ni yang tentukan berapa harga Otak orang Melayu”

”Haishh..mana boleh...British ni nak cepat ni..” Pakcik tu cam sebal je..

“Camne? Bleh TAK korang tolong letakkan berapa harga otak Orang Melayu??..cepat2 orang british nak cepat nih”

[Ni juga startegi meletakkan harga barang ketika berjual beli..selamat meletakkan harga..]

;D

P/S > Penulis sengaja meringkaskan tiap perkataan, menulis dalam slanga bahasa yang biasa-biasa. Ketidak logika adanya matawang alam bentuk Ringgit Malaysia pada zaman dalam cerita ini juga adalah memang disengajakan..

15 Cakap2 Belakang..:

  1. rase nyer RM singgit jer... sbb org melayu Malas, makan rasuah, mudah lupe, melayu sesame melayu pun leh bertengkar...

    melainkan otak org islam, beramal dengan islam, dr mule die bangun tido sampai le die tido smule, smua amalan nye dengan Islam, InsyaAllah, otak org islam mcm ni xdpt nk dinilai...

    wallahua'alam...

    p/s: aku org melayu, tp aku xnk diri ku jd pure org melayu, lebih baik jd pure org islam dr sudut yg sbenar2nye drpd skadar kacukan (hanya amik yg rase nk jer, yg len tinggal).

    BalasPadam
  2. astaghfirullahalazim.. mmg lah kne bangga jadi islam. islam tu kat hati.. tp xkan smpai malu nk mengaku melayu. melayu bangsa pandai sbnrnye. cb tgk sejarah. zaman kegemilangan melayu melaka. org melayu jadi pelayar, peniaga, diplomat2, pejuang2 bangsa macam cth tok janggut, tok bahaman, dsb.

    sy nak share satu cerita. hr tu ada sorang kawan arab sy. die pnah blaja di ukm. die kate "chinese are not clever, but they're so hardworking. malay are smart, but they're very shy". saya tidak akan sesekali mengatakan otak melayu bernilai seringgit wlaupun saya ialah seorang jawa. jawa juga rumpun melayu. orang melayu yg amal islam sungguh2 boleh jadi sungguh hebat! wallahualam..

    BalasPadam
  3. otak melayu tidak murah. cuma org melayu punya masalah sikap. dimanjakan, biasa hidup senang dan terjajah fikiran.

    BalasPadam
  4. otak cik Ummi Iffah bernilai £1 Juta pound rasenyer... n maybe £100 juta pound...

    BalasPadam
  5. emm..marah ke cik firdaus. heheh. xperlulah nilai brp hrga otak sy. kite sama je. punye akal, punya hati. alhamdulillah. yg mbuatkan tahap otak manusia tu berbeza bukan hy kerana bangsanya. tp persekitarannya, pergaulannya, bahan bacaannya, genetik ibu bapanya dsb. cina, melayu, india masing2 ada golongan pandai. xboleh 'generalize'kan smuanya sama

    BalasPadam
  6. hehehe..aku rasa.. otak org melayu tak ternilai nih..aku nak bubuh harga rm2500..boley ke cik ijjja??

    nak tau jawapan harga sebenar ni..bila keluar jawapannya ni?

    -animous-

    BalasPadam
  7. SALAM sahabt,saudaraku....
    tentang ceritatu sy dah tau...harga yang diletakkan olek pakcik tu tinggi dari bangsa cina n india...kerana otak tu fresh lagi,masih segar dan tak digunakan lagi.
    ape2pun,saya bangga ngan bangsa saya...1.PM negara kita melayu,terbukti sehingga kini aman..berbanding pemerintahan di negara cina,india,afrika,etc..2..biarpun tidak ramai yang cemerlang dlm akademik tetapi yang terbijak adalah melayu,terbukti seperi adik nuramalina,adik adi putra etc.
    3.dlm kajian...bngsa yang pesat membangun n membina tamadunnya ialah bngsa melayu.
    4.sej pun telah membuktikan kita digeruni..kita bersifat bertolak ansur,berbudi bahasa yg cukup tinggi.
    ...cuma ank2 muda sekarang liar,terlena,lalai dek kesenangan dari atuk nenek kita...so kita usahlah bertengkar,berbahas..marilah kita berganding bahu..kitala perwaris negara..ayuh kita bangunkan melayu2 yang tido sambil kita gagah melangkah...amin amin.

    BalasPadam
  8. sape yg gaduh? haha. banggalah sebagai apa pun kita. kerana kita dijadikan sebagai melayu adalah dgn kehendak Allah. amin..amin..kejutkan yg masih lena,kejutkan diri sendiri. (tuan punya blog ini mpunyai hobi suka meninggalkan teka-teki kpd pembaca)

    BalasPadam
  9. Saje jengah...
    Setuju dengan freshie.

    Chinese are not clever, but they're so hardworking. Malay are smart, but they're very shy.

    Walaupun sekarang ni pemimpin melayu islam kuat makan rasuah, tapi kalau diorg berubah, itu hebat.

    Patriotik pulak.
    Islam+Melayu = Mantap

    BalasPadam
  10. Salam,

    maaf mencelah.. cerita tu direka sbnrnya ukt kesedaran.. jgn lah terasa kalau dah sedar, alhamdulillah

    BalasPadam
  11. oh Melayuku.. jangan mudah melatah..
    nantikan update slpas ini..

    BalasPadam
  12. sorang pun takde letak harga?huhu

    kena tengok orang dulu la...takleh nak letak harga based on bangsa.

    BalasPadam
  13. ni la benda yg paling mengarut yang pernah aku dengar..xde ke mende lain yang nk korang bincangkan...cube la amik tau sket hal keluarge..ape la..

    BalasPadam
  14. tinggi rendah harganya terletak pada kita sendiri, bagaimana dan bila itu semua dalam genggaman hati..hati yang menggenggam lebih kuat pegangannya drpd mulut yg melaung kata nista dan tangan yg memegang tampuk pemerintahan hatta dunia sekalipun

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.