Hati, Cinta, Pelangi, dan kehidupan





Assalamualaikum..

‘ Pelangi tu indah kan?.. tapi ia hanya akan muncul selepas mendung, petir, kilat dan hujan..’

Kejayaan yang di kecapi juga di ibaratkan seperti mahu meraih pelangi yang indah.. namun ia bukanlah terus ada sebelum kita melalui beberapa proses dalam kehidupan. Kejayaan tidak mungkin akan datang dengan terlalu mudah, kejayaan juga sangat jarang menggunakan jalan ‘short-cut’. kalau adapun jalan pintas tu, kemungkinan besar kejayaan itu hanya akan bertahan untuk beberapa ketika sahaja.

Ada waktunya seorang insan yang berhati waja, akan menemui satu dinding yang
mngkin akan memberikan dua keadaan kepadanya, samaada dia perlu menongkahnya atau berpatah balik ke belakang, atau juga hanya duduk berdiam diri, menanti masa berlalu, menunggu keajaiban berlaku dalam kehidupannya. Hentikan bermimpi wahai insan yang hanya tahu menikmati mimpi, tapi tidak berani untuk menjadikan mimpi itu menjadi satu kenyataan.. kalau anda mahukannya, tunggu apa lagi.. berusaha la sungguh-sungguh, berusaha la sehabis baik untuk mendapatkannya. Jangan pernah behenti sebelum kamu memang benar-benar tidak berupaya meneruskannya.. Harungi laluan itu, berlarilah sekuat mungkin, lepasi sempadan yang ada, dan lihat sejauh mana anda boleh pergi.

Motivasi..Inspirasi..kehidupan.. Mungkin ada yang memandang enteng tentang satu lagi makanan kepada diri ini. Kehidupan tanpa motivasi ibarat makanan tanpa nutrisi. Tekanan perasaan yang menimpa ke atas diri seseorang kadang akan memberikan impak yang besar dalam kehidupannya. Selagi mana manusia itu bernama manusia, selagi itu ia memiliki sekeping hati yang mudah rasa ’down’ , ’futur’, ’kecewa’, Patah hati, mahu menangis, dan selalunya orang-orang yang ada dalam situasi seperti ini, seolah hilang sudah hala hidup dan kehilangan sesuatu dalam hidupnya. ’Lost’..

’Menangislah..bila hati mahu menangis, dan manusia pun bisa, mengambil hikmah..’

Kita akan melalui pelbagai takah kehidupan, yang mana pelbagai ujian yang menanti kita di hadapan. Kadang kita di uji dengan kesihatan, kesakitan, penderitaan, kewangan, kemiskinan, dan kekayaan. Sejauh mana kuatnya kita mengahadapinya, bergantung sejauhmana kuatnya pergantungan kita padaNYA..

Kepada siapa kita mahu mengadukan rasa, saat kita rasa tertekan, saat terasa terluka, saat rasa patah hati, saat hati di caca marbakan oleh manusia lain, saat kita rasa terpinggir, saat kita kehilangan punca, mahu kemana dan kemana..Hilang arah dalam hidup..sewaktu hati kita menjadi parah hingga menjadi serpihan yang terpisah-pisah? Terasa dunia ini tidak lagi indah untuk didiami, terasa ruang waktu yang ada menjadi sempit, sesempitnya pandangan kita terhadap hidup ini. Hati bila rasa tertekan.. syaitan akan mudah mencucukkan bisikannya kedalam jiwa manusia. Hati bila tidak kuat, akan mudah goyah dan goyang, yang akan membawa manusia ke dalam lembah kebinasaan diri, hati, jiwa dan agama itu sendiri.

Buat hati yang sedang menangis, Buat hati yang sedang merasa ’give-up’ dalam kehidupan ini, buat hati yang terasa patah-patah, carilah ubat hati itu.. ia ada buat sesiapa yang mahu mencarinya. Kita berhak untuk merasa sedih, kerana kita manusia biasa, Kita juga berhak untuk menangis, saat hati kita mahu menangis, selagi kita manusia yang memiliki hati. Walaupun kita berhak untuk bersedih dan menangis, jangan biarkan ia untuk selamanya, kita hanya manusia biasa, kerana kebiasaan kita itu, selayaknya kita adukan semua rasa-rasa yang kita rasai itu buat DIA, pengurus segala urusan kita yang paling atas, MAHA atas..

DIA yang meminjamkan hati itu buat kita, merintihlah di hadapannya, mengadulah di hadapannya, kerana hanya DIA yang memiliki segala penawar buat hati yang sedang terluka, buat hati yang sedang lemah..

Syukuri, Redhai musibah yang sedang melanda, kerana itu tandanya Allah masih ingatkan kita.. masih mahu mendengar kita merintih-rintih di hadapannya. Berlapang dadalah..Sesungguhnya Allah itu sangat dekat, lebih dekat daripada urat leher kita. DIA maha mendengar, maha melihat setiap hati-hati hambaNYA. Moga asbab dari musibah tadi akan lebih mendekatkan kita kepada DIA yang selama ini semakin kita jauhi, yang mana hubungan kita denganNYA mulai renggang, dan terbatas..

Dengan namaMu Ya Allah, yang MAHA pengasih lagi MAHA Penyayang..kuatkanlah hati yang lemah ini, jangan biarkan kami sendiri tanpaMU, dan jangan biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walaupun dalam kadar sekelip mata pun..
Saat kita terasa kehilangan, yakinlah..Allah takkan pernah hilang dan tak pernah membiarkan kita. Jaga hubungan baik denganNya, InsyaAllah, Dia akan menjaga kita..
Wallahu’alam..


p/s >> dengar lagu tombo Ati daripada Opick..

1 Cakap2 Belakang..:

  1. Saat kita terasa kehilangan, yakinlah..Allah s.w.t tidak akan sekali-kali pernah hilang.....walau kita pernah merasa kehilangannya
    ~ menuju puncak keimanan :)


    Salam sobat ukhti ijja..
    semoga berada dalam pimpinan Allah s.w.t

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.