Puisi : "Maaf"



Assalamualaikum..

Maaf..
Andai semua yang tertinggal dibelakangku,
Belum sempat aku usaikan,
Saat Waktu ini berjalan..

Maaf…
Andai Hijrahku nanti,
Meninggalkan bekas,
Keluh kesah, resah gelisah, Luka duka,
Kepada semua yang akan ku tinggalkan
Di Belakang..

Maaf….
Andai aku tidak pernah punya
Cukup waktu untuk kalian..
yang ada di belakangku,
selalu menyokongku,
saat jalan-jalan ku,
penuh liku berselekoh ..

Maaf..Berjuta kali Maaf….
Untuk semua yang belum sempat aku tunaikan,
Walau pernah aku menjanjikan..

Buat Kalian,
Yang ku tinggalkan di belakang,
Aku akan Pulang..
Setelah usai ku tuai hasil dari ladang,
Selepas penuh bakul keranjang,
Aku akan pulang..Kerana

Yang Kutinggalkan Di belakang..
Adalah semua yang aku sayangi..


II Menanti hari..Melangkah pergi..Dari Sini..Lembah Sunyi II

5 Cakap2 Belakang..:

  1. Salam Ziarah Kembali,

    Sesekali perlu untuk kita toleh ke belakang untuk kita kenal asal usul diri!

    ;p

    Salam Perkenalan.

    http://meetuncleshah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam ija...

    indah puisi maaf tuh..

    teringat biru pada merah..

    sudah pasti ke maaf ku berikan
    sudah pasti ke biru dah maafkan merah
    sudah pasti ke biru dah melangkah
    sudah pasti ke biru dah melupakan

    yang pasti,
    biru akan..
    yang pasti
    biru mesti..
    yang pasti
    biru kena..

    terima hakikat..
    siapa biru, siapa merah..

    =)
    sori, merepek disini lak, ekekek

    BalasPadam
  3. II M.U.S [meet Uncle Shah ]>> ;D..Menoleh, Toleh, tapi hakikatnya dia tidak pernah menoleh..tapi selalu mendahului apa yang ada di belakang..

    II B I R U >> bIRU..MERAH TU SIAPA..cam pen Merah Pen Biru..Atau si Pen Hitam.. hehehe

    BalasPadam
  4. salam,

    belakang adalah pengalaman

    hadapan adalah kehidupan

    BalasPadam
  5. salam....ijja...

    kemaafan sentiasa di hati abadi
    kemaafan jutaan menghindarkan rasa rendah diri...
    kemaafan sesama insan tuntutan seabad selagi berjiwa...
    tiada yang lebih indah memohon maaf dan menerimanya
    biarpun kilas berkilas...
    niat di hati tidak dapat di perjelas..
    yang lebih tahu antara kau & aku...
    yang lebih memahami hanya aku & Allah s.w.t Maha Mengetahui...

    ....angah...
    sblum tu anda telah ditag. sila ke blog angah...

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.