Tanpa Tafsiran.


Semacam Ada beban rasa,
terpaksa ku galas dihati,
Walau cuba di usir,
dipujuk, biar tenang,
tapi rasa itu tetap datang..

Tiba-tiba juga,
ada semacam perasaan,
palu memalu,
menggetarkan rasa,
ritma jantung tidak seirama berirama,
semuanya berterabur..

Perasaan terusik,
Seolah ada yang menyeru,
dari kejauhan, namaku diulang, bertalu..
Adakah itu panggilan Rindu?

Tuhan,
Kuatkan aku dengan sedikit kekuatanmu,
agar aku bisa membungkus
perasaan resah gelisah ini,
ku pulangkan semuanya padaMU,
pemilik hakiki.

Kerana aku,
tidak mampu,
membuka pintu,
yang sudah Terkunci kaku..


-ahyA1912,
seusai subuh,
aku masih berteleku,
mendambakan satu ketenangan hati
yang sedang bergetar hebat!..

4 Cakap2 Belakang..:

  1. salam ijja..

    sound mcm ada masalah jer.. hmm..
    banyakkan bersabar yer, semoga Allah memberi petunjuk dan jalan yang terbaik untuk ijja..^_^

    BalasPadam
  2. ll Kak Asniza >> ;D, Sepanjang masa manusia berdepan dengan bakal masalah..
    tak pasti lah, ini masalah atau bukan..sebab itu puisi ini tiada takrifan ttg apa yang saya rasakan sekarang ini, huh..hanya pada DIA jua kita pulangkan semuanya.. ;(

    BalasPadam
  3. kamu cuma perlu tahu ujian itu tarbiah dr nye..gagal atau berjaya menyelesaikn satu mslh bkn pengukur iman kita...hadapilah dngn tenang pasti die telah menyediakn sesuatu untk hambanya sama ada kita menyedarinya atau tidak..tu yg sy tahu..:)

    BalasPadam
  4. ll Asteroide >> iya..setuju deh dengan pendapatmu itu..
    ujian itu hanya menguatkan roh dalaman.. ;D

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.