Green Design..


Assalamualaikum..

"Dik, amik borang ni.."
kakak saya menghulurkan kertas keras berwarna putih.
Saya menyambutnya.
Waaahh, ni borang untuk Pertandingan merekabentuk produk ni. Dah lama tak 'join' pertandingan ni. Dulu masa zaman masih bergelar penuntut uitm, selalu pensyarah menguar-uarkan pertandingan ini kepada kami, dan ada beberapa orang juga penuntut yang boleh 'diharap' untuk mendaftar dalam pertandingan ini.

Sebagai bekas pelajar bidang senireka industri, pertandingan begini selalunya menjadi platform kepada sesiapa yang mahu atau bersungguh-sungguh ingin menjadi 'Young designer', yang 'old designer' pun boleh juga 'join' pertandingan ni..

'huih, nak ikut ke tak yea?' Saya berfikir-fikir. Sudah lama tangan ni seolah 'jammed' sebab tak ber'sketch' untuk janaan idea. Idea lagi nak kena cari dan berfikir. Proses ni semua banyak memakan masa, dan perlu ada schedule supaya semuanya dapat siap dengan jayanya. Teringat masa di kampus dulu, ramai juga yang terbabas kerja 'last minute', hasilannya, lagi seminggu musim 'assesment' barulah sibuk nak 'spray' mockup / model. Ada juga yang lagi sehari nak assesment malam tu baru spray = Finishing tak lawa + Gempak.. time assesment pun spray masih tak kering..huhh..memang tekanan bila mengingatkan zaman belajar. Tapi bila sudah melepasinya, tekanan tu lah yang menjadikan zaman sebagai mahasiswi menjadi sangat manis untuk di kenang.

Jadi, sesiapa yang nak join dan berminat, bolehlah klik link kat bawah ni.. Jom ramai2 jadik inventor!

http://www.mrm.gov.my/index.asp?fuseaction=competition.main


0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.