Cerita Awak, Aku Ceritakan Disini..



“ Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, Allah turunkan hujan, petir dan juga Angin yang kuat, takut dalam keadaan itu, kita sentiasa berharap matahari akan muncul semula. Selepas hujan berhenti, selepas petir tidak lagi berdentum, dan selepas angin kembali membisik lembut, Allah kurniakan pula jalur pelangi yang sangat indah. Rupa-rupanya, disebalik semua kesedihan dan ujian yang Allah berikan, sebenarnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita “ [ p/s : Ini bukan petikan dari filem Syurga Cinta yea, harap maklum!]

T_T ~” Hidup ini terlalu indah untuk di tangisi “ ~ Itu kata dia kepada awak. Awak Cuma diam membatu.

“well, start u’r new life tomorrow” Dia mengingatkan awak. Ingatan dari seorang sahabat, terngiang-ngiang segar di telingamu kini. Barang-barang yang pernah lelaki itu hadiahkan buat awak, awak renung satu demi satu.

1:19 pagi, masih awal, awak berkata sendiri. Tangan ligat menyusun semua barang-barang tadi, semua barang-barang yang pernah awak sayangi satu masa dulu. Tapi kini, awak akan membuang semuanya dari lipatan sejarah hidup, dan akan membuang terus semuanya dari pandangan mata zahir.

Hadiah dari lelaki itu kau capai satu persatu, dalam gerak yang agak longlai,: -HP Motorola v3, segala jenis macam baju t-shirt , seluar jeans, gambar-gambar awak dan lelaki itu, surat-surat, kad-kad,segala patung ‘teddy bear’ atau bear dan teddy, dan..oh ya, satu lagi..Diari kamu..Ya, Sebuah diari kamu, diari awak dan lelaki itu. Atau lebih mesra menurut awak ‘Exchange Book’, Diari yang akan kamu tukar-tukarkan bila sampai waktunya kamu akan bertemu. Diari itu juga adalah segalanya cerita tentang rutin sehari-hari apabila awak dan lelaki itu berjauhan batu dan jarak. Segala rasa Rindu yang membeku, dan terpaku dihati Awak dan lelaki itu ,akan kamu luahkan di dalam ‘exchange book’ itu. Dulu awak kata, idea ini gila, tetapi menarik, sudah menarik, kreatif, dan kata awak lagi, ala-ala Romantik. Tapi itu dulu..Sekarang, bila semuanya sudah membeku, bila segala rasa tidak lagi punya rasa, semuanya sudah bubar entah kemana.

Aku lihat Mata awak berkaca-kaca apabila menatap perenggan akhir ‘exchange book’ itu. Aku malas untuk bertanya, dan aku tahu awak dah jumpa ubatnya kan? Dulu aku pernah ingatkan awak, lelaki itu bukanlah serius untuk mengangkatmu selayaknya berstatuskan isteri, tapi awak marahkan Aku. Awak kata Aku dengki dengan hubungan kamu. Awak kata lagi, aku menyimpan perasaan dengan lelaki itu. Aku jujur akui dia lelaki yang tergolong dalam golongan kacak dan menjadi buruan gadis-gadis. Tapi awak sangat silap dalam menilai Aku. Aku mengingatkan awak sebab atas dasar sayangku pada awak, atas dasar seorang sahabat yang tidak mahu membiarkan sahabatnya tenggelam dan lemas dalam menjalani hidup berlorongkan hawa nafsu.

Memang lelaki itu kacak! Tiada siapa nafikan fakta itu, tapi awak juga patut tahu, Aku hanya tergugah dengan seorang lelaki yang cintanya kuat buat Rabbnya melebihi cintanya buat Aku, Aku hanya berdoa dan mampu menyimpan harapan Agar Allah kurniakan Aku seseorang yang selayaknya untuk aku, bagi mengisi hidup aku di masa mendatang.
Rasa sedih, duka, lara, terluka, calar, dan balar hati awak Dapat aku kesani pada biasan wajah awak. Aku hanya diam, dan hanya memerhatikan gerak mu.

Aku masih ingat awak kata : “ Memang aku boleh buang semua barang-barang ni, campak kat mana-mana, tapi kenangan dan perasaan aku yang masih bersisa untuk lelaki itu macamana Aku nak buang?” Awak menitiskan air mata dibahu aku.

“ Kenangan itu tak dapat dibuang secara terus, Aku mengerti, tapi awak harus mengerti juga, setiap apa yang dah berlaku pernah memakan masa, dan apa yang awak nak buat sekarang ini juga pasti akan memerlukan masa..Biar masa yang menentukannya. Awak pun, kenalah rajinkan merenung diri, berdoa selalu, Agar Allah kurniakan kembali ketabahan, pulangkan semula kekuatan dan keyakinan, Berlapang dada, itu yang pasti ” Aku jawab perlahan, lidah itu lembut untuk memutarkan bicara, dan aku gusar jika Awak salah dalam menfsirkannya. Awak hanya diam, hanya terdengar esakan tangis di hujung nada suara awak.

Usai awak mengemas segala barang-barang yang bakal dibuang, Aku meminta diri untuk pulang. Aku fahami, awak memerlukan ruang untuk bersendirian. Aku harap kau akan temui ketenangan itu. InsyaAllah, Aku sentiasa mendoakan.

Mengantuk..sambung besok..-To be Continue-

0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.