Tolong Beri Tajuk untuk Entri ni?


" ya Allah, hamba meminta
daripada-Mu Tuhanku
asmara kasih dan kama
ku meminta-minta itu

Buatlah Cinta pada-Mu
paling tercinta bagiku
dan buatlah cinta itu
pedoman pada redha-Mu."

[Debu - Du'a Cinta]

Hari ni cuma nak berkongsi tentang segala rasa dan rasa.. sebenarnya saya agak berasa sedih hari ni, tidak tahu kenapa yea? saya bukanlah seorang yang perasa, atau cepat terasa, malah orang yang mengenali saya secara ringkasnya akan mengatakan yang saya ni manusia yang hampir tidak punya perasaan atau tidak sensitif dengan perasaan..tapi hakikatnya, saya hanya letakkan perasaan itu hanya pada tempatnya, dan hanya meluahkannya jika betul-betul saya merasakannya. Saya juga tidak tahu kenapa kedua mata ini terasa mahu mengalirkan air mata, ada bahagian hati saya yang sedikit tercalar hari ini, tapi apapun..Allah jua yang maha mengubati..

lupakan tentang semua perasaan ini, saya cuma nak kongsi sesuatu pada hari ini.. tentang cinta, perasaan, Iman, dan tuhan.... >> Syukran akhi ibn Abas atas perkongsiannya, Moga Allah membalasnya..<<

[ ] Nota bertarikh 18 Februari, 2009. Terilhamkan dari nota seorang sahabat. :)

Saya yang serba kurang, sekadar berintrospeksi..
"Dalam kacamata hakikat, seseorang belum berjalan di atas ad-diin jika semata-mata hanya 'tahu banyak tentang ad-diin' dan dalil-dalilnya tapi tidak menjalani, mengamalkan, atau meng-experience esensi maupun makna ad-diin.

Seberapa jauh bedanya? Sejauh beda antara 'jatuh cinta' dengan 'membaca deskripsi tentang cinta'."

Dalam hal-hal yang tak terlihat seperti cinta, iman.. sukar sekali untuk dikalamkan dalam bait bicara. Ujar seorang pencinta-Nya,

"Sungguh sulit untuk menggambarkan cinta dengan kata-kata. Ibarat mencuba menjelaskan lazatnya madu pada seseorang yang tidak pernah merasakan, atau bahkan melihat madu, yang tidak tahu apa itu madu."

[Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi]

Selalu saja, kita pernah ataupun hampir terpedaya dengan istilah-istilah seperti ini.. kerana menganggap kita sudah sampai pada yang dimaknai, sedangkan kita lebih pandai berandai-andai saja. Bersungguh-sungguhkah kita memohon Dia, memahamkan kita? Ringan sekali lidah mendakwa ia mencintai Tuhannya, agamanya, sahabatnya, apatah lagi kekasihnya.. namun segalanya takkan terbukti, melainkan jika ia sanggup mendepani dan menyelesaikan siri ujian demi ujian yang maha berat, sepanjang jalan penghidupan.. menyucikan nafsu haiwaninya, sampai menaklukinya dengan iman. Wang, kekayaan, kedudukan, pengaruh, gaya penampilan, pujian orang.. itulah yang dipandang. Tipuan semata. Tidaklah menafi fitrah, namun yang dipuaskan itu.. Nafsu yang dimurkai-Nya. Maka di mana letaknya cinta, iman.. jika kita masih samar dalam tujuan Cinta kita. (Maka, jadikanlah tujuan Cinta, berhujung nikmat yang teragung, termulia, teristimewa - diizini-Nya untuk menatap Wajah-Nya di Sana. Maka mulai saat ini, sediakan hati yang terbaik, wadah diisi-Nya Cinta, singgahsana tatapan-Nya. Dan mengurusi hati yang tak tampak mata itulah, perlukan hati berpaling setelah terpesong kepada selain-Nya, kembali pada sebenar-benar Tujuan, bimbingan penuh ketulusan, pengetahuan tak berhujungan, kesungguhan tiada berputusan, dan penyerahan serta sandaran pada Yang Memberi Kekuatan.)

"Jikalau kamu bertaubat
tapi selalu tergoda
dan kau lemah tidak kuat
taubat lagi hai pendosa

Taubat diterima Tuhan
kembali lagi kembali
sampai taubatmu bertahan
taubatlah berkali-kali."

[Debu - Taubatlah Berkali-kali]

Iman dan cinta, untuk dirasa, difaham sampai ma'nanya.. Sesuatu yang dirasai dengan nurani, difahami dengan hati.. Cinta yang sejati; takkan berlawanan lagi, dengan Dia yang Maha Mencintai.. Duhai, semua kebaikan bersatu dalam Cinta. Cinta menghantarkan kita kepada-Nya. Menghilangkan kekosongan jiwa, memenuhkannya dengan Cahaya. Maka Cinta; dalam pengetahuan-Nya, yang mengandung makna jauh lebih besar dari kefahaman kita.. yang hakiki, itulah yang akan kekal berpanjangan di hati. Allahu Allah, Ya Wadud.. Yang Maha Mencintai. Kembalikan kami pada kesejatian Cinta kami.

"Cintailah kekasihmu,
sebab Dialah kekasihmu;
cintailah dirimu yang sejati,
sebab dirimu yang sejati adalah Dia."

[Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi]

"Hai Allah, hamba meminta
daripada-Mu Tuhanku
asmara kasih dan kama
ku meminta-minta itu

Buatlah Cinta pada-Mu
paling tercinta bagiku
dan buatlah cinta itu
pedoman pada redha-Mu."

[Debu - Du'a Cinta]
Moga Allah sirami kita dengan pancaran hidayah, luas lapangkan dada, jelas jernihkan mata hati kita, dan pimpin kita sepanjang jalan ini. In sya Allah. Ingat Allah selalu, sahabat. Dia-lah yang selayaknya dicintai, barulah kita dapat mencintai makhluk-Nya. Sebenar-benar Cinta.

SubhanakaLlahu wabihamdika, asyhadu an la ilaha illa Anta,
astaghfiruka wa atubu ilaik.

Wallahu a'lam bissawab.

Ijja >> Semuanya tentang cinta? ..bahkan Cinta itu lebih luas dari cinta itu sendiri..tanpa Takrifan,buat mereka yang memahami..
AllahuRabbi, terima kasih atas perasaan luka dan duka ini, kerana ia membuat aku bertambah-tambah memaknai hidup ini..

7 Cakap2 Belakang..:

  1. entri ini bertajuk 'cinta ijja'..haha 'cinta besar untuk pencinta yg kecil' lah..

    .^_^.



    p/s: bukan tajuk isunya, yg pntg mesej sampai..kan kak?

    BalasPadam
  2. ijja ll Wann >> huhuh..wann wann.. hang kan terrer buat puisi, ha..kali ni tolong bagi lak tajuk yang ngam ala2 tajuk orang yang sedih..hahaha..

    Ijja ll Wal >> "entri hari ini", nak diberikan tajuk apa wal..Adeihh..serabut yang melanda..

    BalasPadam
  3. Tajuk : Selembar Iman secarik harapan"

    BalasPadam
  4. ijja ll Muharrikdaie >> dalam makna ayat tu..Iman yang selembar dan harapan yang tercarik, yang tinggal hanya secarik harapan.. Boleh di pertimbangkan ni..Lot Of Thanx..

    BalasPadam
  5. hehe..
    mm..klu "rhythm of life"
    ngee~

    BalasPadam
  6. ll che'orked >> Nice gak tajuk tu..
    sedang menimbang-nimbang gak.. hehehe

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.