Bilakah Lagi, Kita Semua Satu Hati?

Lagi Entri Baru!

"Eh, ko baca yea novel dia nih?" seorang 'kawan' yang tak berapa minat membaca tiba-tiba menegur ku, mungkin sejak tadi memerhati aku menekuni novel FT.
--. Sudah 2hari aku menguliti novel ni.. menggugah rasa, kaya dengan ilmu baru, terutama sekali tentang buah betik..mana mungkin dapat aku sengaja biarkan Novel ni tanpa dibaca..

"dia ni syiah tahu.." 'kawan' bercakap terus. Aku terkedu, seimbas merenung wajahnya..

"Mana tahu ni?" Aku sengaja menyoal.

"Dah ramai orang tahu, dengarnya macam tu la.." 'Kawan' jawab lagi..

"Ohh..bukan dari pengakuan FT sendiri la?" Aku Soal lagi, ada nada menekan dihujung nada suaraku. 'kawan' memandang, merenung mataku, seolah tidak percaya aku menyoal soalan yang agak 'bodoh alang..'

"Laa..kau ingat ada ke orang nak mengaku terang-terang.., perhatian..dengar sini semua..aku ni syiah, syiah tahu?, takkan nak umum camtu kot?" kawan menjawab selamba..

'astaghfirullah' hati kecilku spontan istighfar..ni pakai dengar kata2 orang aje, tak dapat di terima tuduhan melulu camni..

"Aku baca novel-novel dia aje, takkan kau nak hukum aku ni syiah jugak?" Aku memprovok.

"Tidak lah macam tu, apa-apapun, hati-hati bila membaca novel dia tu, banyak sangat unsur syiah dia terapkan kat dalam Novel dia, di balik tiap untaian indahnya bahasa yang digunakan, takut kau tersesat aje.." Kawan mengingatkan..nada seolah mengingatkan itu, terasa menembusi dinding telinga keluar ikut telinga yang satu lagi..

Kawan beredar, Aku menutup novel Tunggu Teduh Dulu (TTD), halaman depan novel aku renungi dalam-dalam.. Syiah?

Sedang hati dan akal berbantah-bantah, Bertingkah-tingkah menegakkan hujah tentang Syiah, jauh dari lubuk hati yang kecil, ada suara bermonolog disitu.. sendiri tanpa dipinta..

"Sesungguhnya agama tauhid ini ialah agama kamu semua;agama yang Satu & Aku ialah Tuhanmu, Maka sembahlah AKU" ~Al-Anbiya' : 92

" Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat, Tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya Kepada kamu, maka berlumba-lumbalah kamu berbuat kebajikan. Hanya Kepada Allah kembalinya kamu semua, lalu diberitahukan-Nya kepada kamu, hal-hal yang kamu perselisihkan itu," ~ Al- Maidah : 48 ~

Hati kecil berbisik lagi..
Perpaduan itu wajib, Perpecahan itu haram, itu yang Allah & Rasulullah tegaskan, MALANGNYA, umat ISLAM terus berpecah belah hingga menanggung kerugian akibat permusuhan yg membawa pertumpahan darah..

Hati menyoal sendiri..
"Bilakah bermulanya perpecahan ini & apa puncanya? Siapa dalangnya? apa kesannya terhadap Ummah?" Hati yang menyoal, tetapi tidak juga menjawab..mungkin ini bukan persoalannya.. mungkin persoalan intinya 'bagaimana cara nak menyatupadukan Ummah?' dalam acuan silaturrahim Islam.

Hati menjawab hati-hati,
" Taqarib Al-Mazahib, mungkin ini salah satu kaedahnya..pendekatan antara mazhab = bukanlah bermaksud mencantumkan mazhab Sunah + Syiah, bukan pula membuat satu mazhab baru, dan tidak juga menghapuskan salah satu mazhab dan mengekalkan hanya satu mazhab shj, tetapi, makna Murninya, MENCARI TITIK TEMU ANTARA MAZHAB. TITIK TEMU bermakna = Merujuk kpd persamaan & kesepakatan antara mazhab. Seterusnya bersatu teguh dengan pintalan tali titik temu tadi. Aspek perbezaan ketepikan, x diperbesarkan & x diperberatkan kerana hati melihat, perbezaan inilah yang membentuk jurang pemisah antara mazhab.

Hati menyoal lagi..
" camana pulak reaksi & persepsi kita dengan pendekatan antara mazhab ni?"

Hati jawab >> 1- Golongan Pesimis : Menolaknya mentah2, menganggap ini mustahil, sia2 . [
Inilah persepsi antiikhtiar + Cuai + culas] = Tertutup pintu usaha, takut berjihad, menjadi dayus, sedihnya!

Golongan Kedua?

Hati Jawab >> 2- Golongan Sinis & Skeptis : Semacam setuju, namun sgt meraguinya. Slpas itu, banyaklah persoklan sinikal + Skeptikal terlontar dari golongan ini, soalan yg di buat2 seolah-olah mereka tau usaha ini gagal! Jika berjaya pun, x akan bertahan lama. Belum apa-apa lagi, golongan kedua ini sudahpun menabur duri ragu (skeptisme), natijahnya = harapan murni jadi pahit, saranan bernas jadi rumit, Doa bertukar Bala,[
ini persepsi AntiTakdir]= berlagak seolah pak nujum..

Ada ke Golongan Ketiga? Hati jawab 'ada'
Golongan Ketiga >> 3- Golongan Optimis, Kita berazam, bukan Berkhayal. Kita Berijtihad & kita berjihad utk penyatuan Ummah. Kita Bertawakkal kepadaNya. Bersangka Baik, ketepikan prasangka & prejudis kemazhaban. Jgn berpeluk tubuh lagi, yakinkan diri rahmatNYA itu maha luas, melebihi luasnya langit dan bumi. Bukankah rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu?
Niat Kita Krn Allah, Manhaj kita Al-Quran& Sunnah, & harapan kita utk kesatuan Ummah, fikir-fikir balik kat mana kedudukan kita?

Akal mula mencerna, dalam kedua-dua mazhab, terdapat beberapa aliran, dlm kalangan aliran itu pula, adakalanya berseteru antara 1 & lain, ini baru melibatkan masalah dalaman kedua2 mazhab..
dan dalam kedua-dua mazhab ini pula, ada golongan fanatik & dinamik (sederhana).
Lazimnya golongan fanatik ini lah yang memuntahkan cacian, celaan, & cemuhan trhadap mazhab lain, hingga tahap 'pengkafiran'.. berlakulah perang 'pengkafiran' tdak berkesudahan, di akhir perang tiada siapa menang, dua2 kalah..kalah mati!! dua2 mati + rugi hangus.

Menginsafi hakikat ini, adakah kita masih TERGAMAK MEMBIARKAN UMMAH DIREMUKKAN DGN WABAK PERPECAHAN?

Bagaimana pula dgn Golongan dinamik dalam ASWJ [Ahli Sunah Wal Jama'ah & SI [Syiah Imamiyah ]?
Rasanya, merekalah harapan kita, Di pena merekalah bertemunya kebenaran, golongan ini mengungguli hujjah. golongan ini menolak fanatisme Mazhab..Kebenaran bukanlah hak milik mutlak mana2 mazhab, bukan tawanan mazhab, bukan menjadi kuli nafsu,-prejudis & prasangka.
Golongan ini berpegang kpd kebenaran, biarpun kebenaran itu berada di pihak lain. Namun pandangan golongan ini tidak begitu popular, kerana msykt awam lebih tertarik + ghairah dgn propaganda provokatif + emotif. Tambah2 lagi golongan dinamik / sederhana ini tidak m'punyai kedudukan tinggi dalam negara.

Apabila kita memilih manhaj pengeratan mazhab, inilah tujuannya, supaya kita terus bersabar & berusaha..

Panjang lak komentar entri kali ni..hmm..apapun dalam fikiran ni..berlegar-legar kenyataan ini :
~ Perbezaan antara ASWJ & SI ialah perbezaan pentafsiran & perspektif, bukannya perbezaan dalam perkara usul keimanan & keislaman, pengkafiran kepada mana2 individu sy rasa sangatlah tidak wajar~
~ Seseorang yang bergelar seorang muslim, adalah individu yg b'saksi bhw Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasulnya. Kesaksian ini automatik bermakna = darah, nyawa, harta & maruahnya terjamin d sisi Ummah tanpa mengira dia bermazhab ASWJ / SI..

Dan apa yg dpt sy simpulkan, penyebaran ajaran SI Tidak wajar disebarkan kenegara2 yg mengamalkan ajaran ASWJ, Begitu juga sebaliknya, utk mengelakkan kekeliruan + p'selisihan + perpecahan sesama muslim..

Hati , hati.. apa pendapatmu hati?
>> mungkinkah Usaha ini berjaya? jawapan jujur ada pada seluruh umat islam..
utk memahami persoalan ini, kita perlu mengetahui hakikat perpecahan & punca perselisihan ASWJ & SI....<<

" Dan berpeggang teguhlah kamu dengan tali Allah, & jgnlah kamu bercerai berai,...maka Allah mempersatukan hati kamu, lalu menjadilah kamu golongan bersaudara" - Ali Imran : 103 "

0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.