Kita Lobak / Telur / Kopi ??





Assalamualaikum..

Huh tak habih-habih dengan motivasi je.. hihi.. saya memang suka motivasi dan suka berkongsi sumber inspirasi dengan siapa aje..
kali ni nak kongsi satu kisah pendek, untuk siapa yang dah tau & pernah dengar, baca sekali lagi at least boleh 'recall' balik diri..
Untuk sesiapa yang tak pernah baca, dan ini kali pertama baca, saya harap kita wat pilihan yang tepat..nak jadi si Lobak, Telur, atau Si hitam Kopi [ bak kata shearer, kopi p Ramlee ].. dan harapnya mampu menjana sesuatu dalam hati yang hampir 'futur'.., putus asa..atau hilang semangat. Jom sama-sama baca kisah ni..


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya

mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.



Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya

dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.



Dia mengasingkan lobak dan meletaknya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.


Lalu dia bertanya kepada anaknya,



"Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.



Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.




Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.

Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.



"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.


Bagaimana dengan kita ?



Apakah kita adalah si lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?


Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.




Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?



9 Cakap2 Belakang..:

  1. i wanna be a periuk yang merebus lobak, telur & kopi tersebut...ekeke
    aci x?

    BalasPadam
  2. heheh..lisam..pakcik lisam ni mmg suke amik keputusan yang lain, selain dari jawapan yg dah sedia ader..wakakaka.. :)

    BalasPadam
  3. kalau gitu saya lak nak jadi mangkuk tu~

    BalasPadam
  4. syawal..syawal, nak jadi mangkuk..heheh pasni mesti ader yg nak jadik api lak..kekeke

    BalasPadam
  5. nak jadi kulit telur tu...
    memberi perlindungan pada yang lemah~~
    huhuhu

    BalasPadam
  6. wahehehe,milo takyah wahitelover..
    horlick bleh? :)

    BalasPadam
  7. oh..horlick..xpenah munom l apulak,.xpe la..kite cuba..haha~

    BalasPadam
  8. mtk permission utk copy ltk lam bl0g ana..

    :)

    BalasPadam

Silakanlah mengkritik dan saranan.