BOSANN!!


Lagi Entri Baru!

Entah kenapa hari ni rasa bengang semacam, rasa macam nak ketuk2 jer 'Remote tv' di tangan, tekan punat ni, kuar cerita tangkap Jiwa Jiwang..soksek sana, soksek sini, tekan lak punat yang ni, sama juga, plot perebutan harta, nak bunuh sana bunuh sini, yang penting harta dapat..
tekan lak punat yg lain, sama juga..program bual bicara 'realiti tv' membincangkan : Siapa yang akan menang pada pertandingan kali ni, apa sebab-sebab peserta tu boleh menang, undiannya 'maintain' atau tidak setiap minggu..

Eiiii...Geram..budget mahal-mahal tersiar rancangan ni kat tv, hanya nak bincangkan isu ni? Baik duk bawah pokok mangga, tak pun kat warung 'Singgah Dulu' la nak cerita dan berforum tentang isu yang tak membawa apa-apa faedah kepada pendengar, penonton, dan panel itu sendiri, membazir air liur, buang masa, rugi jer siapkan slot utk disiarkan kat tv ni..
'AKU DAH MUAK!!' hati mendengus, bukan kerana aku seorang yang perengus, tetapi keadaan ni buat jiwa terasa terhiris dan terasa diperbodohkan oleh media..

Dah habiskah idea orang-orang filem kita utk terbitkan sesuatu yang lebih bermakna, lebih membangun jiwa, dan lebih membawa masyarakat bagaimana menangani isu masyarakat, isu Ummah, isu remaja kita yang merempit tak sayang nyawa, isu masyarakat kita,'mengapa kita semakin kejam', isu wanita sedang mengandung terkorban akibat diragut, isu seorang pemandu lori yg dicampak mayatnya di tepi jalan oleh seorang perompak..politik yang entah siapa yang benar2 memperjuangkan hak rakyat + agama / hanya untuk kuasa semata? Sudah habiskah idea para pembikin filem yang gah namanya di persada?

Aku terfikir, Kenapa drama tv yg plotnya berkisar tentang CINTA yang entah berpaksi mana, plot tentang berebut harta & wasiat, plot Bunuh sana, bunuh sini, Plot cinta 3 Segi, 4 segi dan lapan segi yang tidak berkesudahan, kenapa drama yang berkisar tentang ini boleh ditayangkan di tv sebanyak 4x dalam seminggu, tetapi Kenapa Ceramah agama / forum agama / perlu menunggu hingga hari Jumaat sahaja utk di siarkan?
Kenapa Drama-drama Islami, yg cuba menerapkan Roh jihad, Roh islam hanya pada musim Ramadhan, Musim Hari Raya, Hari Raya AidilAdha, dan perayaan-perayaan tertentu sahaja? Kenapa perlu menunggu musim2 tertentu utuk menerbitkan rancangan seumpama ini di media?
Apakah memupuk, dan usaha menyuburkan iman ini perlu menunggu musim-musim tertentu sahaja? Sedangkan dengan jelas Iman kita sentiasa meningkat dan berkurang..kita mengambil waktu yang panjang utk merasai betapa Manisnya Iman, hingga ada juga yang langsung tidak dapat merasainya, tetapi kita hanya memerlukan masa yang sangat singkat sahaja utk melontarkan iman kita ke lembah yang hina..

'Huh..' Keluhan berat aku lepaskan, Punat tv ku tekan, skrin menjadi gelap.. terasa betapa kejamnya Media yang selama ini dipercayai boleh mempengaruhi masyarakat, yang bisa merubah masyarakat ke arah yang lebih baik, apabila menghidangkan santapan utk mata, telinga, jiwa dan rohaniku kepada jalan yang sia-sia ini..ingat bil letrik tak payah bayar ke?

Betapa kejamnya Media kerana memperbodohkan penonton seperti aku, kau , kamu & Kita yang mana mereka berforum bagai nak rak hanya nak berbincang siapa yang kekal dan siapa yang tersingkir..dah takder ke isu lain? Palestin umpamanya, mengapa kita tidak berforum bagaimana nak wujudkan roh jihad seperti anak-anak palestin di sana, terapkan roh itu untuk remaja & masyarakat kita di Malaysia yg tercinta ini?

Dalam sendirian begini, Novel FT bertajuk 'Tuhan Manusia' lebih baik & lebih bermanfaat utk aku uliti, biarpun ada yang menuduh beliau 'syiah'..aku tidak kisah dengan tuduhan mereka Terhadap FT, bukan kerana aku bukan FT, tetapi soal ini, Hanya Allah yang MAHA mengetahui, dan itu urusannya dengan Allah KALAUpun tuduhan itu benar..

Orang lain boleh berikan apa shj pendapat, tetapi siapa Aku untuk Menghukum? Siapa aku untuk 'mengkafirkan' manusia lain.. Justeru Allah Lebih mengetahui, Apa yg tidak aku ketahui, jadi aku rasa aku tidak perlu jadi tuhan kepada manusia untuk menghukum mereka.

Moga sama2 mendapat manfaat !

0 Cakap2 Belakang..:

Catat Ulasan

Silakanlah mengkritik dan saranan.