Dialog si Mamat, Anjing & Kucing


Salam alaik..
nak share satu kisah Pendek.

Al-Kisah, sepasang kekasih sedang 'berdating' di bawah tiang lampu yang hampir rebah.
Sedang asyik bergelak ketawa, seekor anjing merapati mereka. Lalu 'mamat' menghalau anjing itu dengan penuh semangat,
" Syoh..syoh.. ish anjing ni, NAJIS, haram kalau kena kat aku "

Anjing tu pun 'blah' dari situ, mencebik bibir, bengang . Kebetulan si kucing, sahabatnya sedang memerhatikan si anjing dengan hairan-hairan.

"Anjing, kenapa kau bengang sangat ni, manusia -manusia tu hina kau lagi ke?" Kucing tanya penuh rasa ingin tahu. Anjing mengerutkan dahi, Telinga dan hatinya masih panas dengan perlakuan mamat terhadapnya tadi.

" Aku bengangla kucing, bukan pasal dorang tak hulur-hulur sikit sisa makanan kat aku..tapi yang buat aku bengang, boleh diorang kata aku Ni, Najis, haram..siapa tak bengang "

" Wahahahahaha...lawak..lawak.. " kucing ketawa sampai bergolek-golek.
" Apasal kau gelak tahap gaban ni? apa yang lawak?" Anjing bertambah bengang.
" Laa..betul la, anjing kan memang haram dan najis pada manusia, lain la kalau aku, aku kucing..ada hak istimewa sikit dengan manusia. " Kucing jawab dengan bangga. Kembang kempis ekornya. Anjing mencebik.

" Elleh..aku bengang bukan pasal apa, yang aku bengang ni, manusia cakap aku ni najis dan haram..tapi At least, kalau dorg tersentuh aku pun, masih boleh di sucikan dengan air tanah (samak)..yang mamat tu pegang awek dia sana sini, tak haram? tak najis? lagi satu mana boleh samak..macam aku, huh.." Anjing memandang si kucing yang mengigit-gigit kukunya, berfikir.. betul juga yea..

p/s: Anjing pun tau hukum haram dan halal..jadi, tempatkan darjat manusiawi itu di darjat yang sepatutnya..

3 Cakap2 Belakang..:

Silakanlah mengkritik dan saranan.